Pengunjung setia

Tuesday, April 19, 2011

Rindu Kenangan Lalu...

Semalam ibu ngan abang long tonton drama bersiri Gemilang episod kemuncak... ditayangkan di slot Aksi TV3, Ibu suka menonton drama ni... memang best, kisah-kisah yang digarapkan memang menarik dan yang pentingnya membawa mesej buat penonton... 

Dipetik dari harian Metro keluaran 27 Jan 2011, 

Gemilang adalah kisah benar yang berlaku di Negeri Cik Siti Wan Kembang mengenai perjuangan seorang anak muda yang bercita-cita besar. Dia ingin mengubah nasibnya sendiri, keluarga dan anak bangsa di kampung."Gemilang adalah cerita seorang guru di Kelantan iaitu ayah mentua saya sendiri (ayah Mira Mustapha). Dia sudah meninggal dunia, namun kisah perjuangannya patut menjadi teladan kepada anak muda zaman sekarang. Shahz diberi tanggungjawab memegang wataknya iaitu sebagai Cikgu Saifullah.

"Saifullah berasal daripada keluarga penoreh getah yang sangat susah apabila dunianya berlegar sekitar ladang getah pada 1960-an. Saifullah ada tiga lagi adik. Ketika mereka empat beradik itu masih kecil, ibu mereka sudah meninggal dunia."Tidak lama kemudian ayah mereka pula menyusul menyebabkan mereka adik beradik terpaksa berpisah kerana diberikan kepada keluarga angkat. Saifullah menjadi anak angkat keluarga berada tetapi dia tidak pernah melupakan asal-usulnya.
"Watak Saifullah adalah seorang yang cekal, tabah dan kuat. Meningkat remaja, Saifullah menjadikan gurunya, Cikgu Talib (Datuk Jalaluddin Hassan) sebagai mentornya. 

"Apabila dewasa, Saifullah berjaya menyambung pelajaran dan selepas tamat pengajian dia bekerja di bank di bandar. Bagaimanapun hatinya meronta untuk kembali ke kampung halaman bagi menabur bakti kepada penduduk di sana. Dengan semangat meluap, Saifullah menubuhkan sekolah swasta yang dinamakan Institut Gemilang," katanya.Matlamat Saifullah sangat mudah iaitu untuk mengubah nasib remaja yang gagal dalam pelajaran tetapi perjalanannya belum pasti. Institut Gemilang dibuka untuk memberi peluang kedua kepada pelajarnya. Mereka yang gagal atau yang tidak dapat menduduki peperiksaan MCE dan HSC amat dialu-alukan di sekolah itu. Niat baik Saifullah menubuhkan Institut Gemilang turut disokong bekas rakan sekolejnya, Umar (Kamal Adli), Asma (Tiz Zaqyah) dan Ruhana (Tasha Shilla). Mereka semua adalah guru perintis di institut itu.

Gemilang berjaya mencuit hati ibu... terkenang kisah zaman sekolah... emosionallah pulak ibu ni, sebak, memang benar jasa dan pengorbanan seorang guru itu tidak ternilai...  berbekalkan kecekalan, semagat juang yang tinggi dan kesungguhan dalam mendidik anak bangsa... Dan ibu terkenangkan zaman persekolahan ibu... teringat kat cikgu-cikgu yang mengajar ibu... antaranya Cikgu Suzana, Cikgu Ghani, Cikgu Hanim dan ramai lagilah... 


Daripada kisah Gemilang ni... akhirnya semua pelajar institut tu lulus penuh... ha lepas tu di akhir cerita ditunjukkan di mana pelajar-pelajar tadi, berjaya dalam kehidupan masing-masing... Kerana apa? Kerana ilmu.... ya kerana ilmu....Sambil-sambil tu ibu berilah sedikit nasihat berguna buat anak ibu ni, bahawa ilmu itu penting... jadi kenalah rajin belajar supaya dapat jadi orang yang berguna dikemudian hari... Kalau nak berjaya kena ada ilmu... ilmu tu tak datang sendiri... Jadi kita kenalah berusaha mencarinya... betul tak? 

Pagi ni pulak bila ibu buka FB, ada yang menarik, video tentang sekolah ibu dan ada gambar-gambar teman seperjuangan, hasil karya teman ibu Norazila yang diuploadkan kat FB, ibu terkenangkan zaman persekolahan ibu... Rindu sangat zaman persekolahan... betullah kata orang, sampai suatu masa kita akan rasa nak balik ke zaman persekolahan... boleh ke... tak apalah semua saat suka duka akan sentiasa dalam lipatan memori ibu...


p/s: Pesanan buat anak-anak ibu "Belajarlah rajin-rajin, carilah ilmu sehingga keakhir nafas... tanpa ilmu hidup akan kosong... seimbangkanlah ilmu dunia dan akhirat... agar hidup kita sentiasa dirahmati...."

6 comments:

  1. salam...

    singgah petang folo ur blog..

    ReplyDelete
  2. salam perkenalan...
    sy follow...
    datang la singgah blog saya
    http://sitiumairahsaat.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. Salam dari kak cek...
    Dtg jenjalan balas kunjungan...tq ya ziarah umah kak cek n follow...

    Salam kenal2 dari kak cek...kak cek follow...

    ReplyDelete
  4. As salam..

    saya pula memang nak sgt tgk gemilang ni, tapi serba salah .. awan dania pun suka.. waktu yg sama.. so awan dania gak pilihan hati.. heheh.
    Salam kenal Pn Fauziah... u di taqqed, jom join segmen

    http://mamaloveu-basma.blogspot.com/2011/04/segmen-jom-berkenalan.html

    ReplyDelete
  5. Assalamulaikum gee.. k.ct singgah kunjung balas kesini. penuh cerita yang berguna untuk tatapan semua yang gemar membaca. termasuklah k.ct ni. salam perkenalan dari k.ct juga. I follow :D

    ReplyDelete
  6. Terima kasih follow akak di CB. Nanti akak follow Fauziah pulak ya.

    ReplyDelete