Selesai sudah majlis bertandang pengantin perempuan, ish... ish... ish... boleh tahan lah jugak dengan jemputan... alhamdulillah majlis berlansung dengan lancar walaupun selepas majlis... hujanlah pulak ...emmm hujan rahmat tu... kalau nak tahu... setiap kali buat kenduri, selepas selesai majlis... mesti hujan ...Tema kali ni coklat ngan gold, Menu untuk santapan tetamu, nasi hujan panas, nasi putih, ayam masak merah, dalca, rendang daging, pajeri nanas, ikan masin, ulam-ulaman, sambal belacan, dan bubur kacang hijau + durian serta kuih koci sebagai pencuci mulut... tulah nasi hujan panas kan dah hujan ribut hehehe....... Kisah anak-anak ibu... rajinnya abang long ngan abang ngah ni....bolehlah diharapkan... dia pun sibuk jugak... sibuk main air ke sibuk basuh pinggan nie?.... Adam pula asyik nak berdukung aje ngan ibu... tak nak duduk... agaknya Adam takut tengok orang ramai sangat... Majlis ni time dia sama dengan even yang Sarakids buat ... tulah tak dapat nak join tu... tak apalah yang penting semuanya berjln dengan lancar dan selamat....
P/s : Buat Adik Iparku tersayang... Diucapkan selamat datang keteratak kami... bukan itu aje Selamat Datang ke dalam Keluarga besar Kami .... Semoga bertambah berseri dan gumbira dengan kehadiran ahli baru dalam melayari kehidupan kita sekeluarga.....
No comments:
Post a Comment