Pengunjung setia

Thursday, May 30, 2013

Jalan-jalan di Zoo Negara.

Assalamualaikum,

Dah lama tak bawa anak-anak jalan-jalan di Zoo Negara, rasanya dah hampir 5 tahun juga. Last pergi Zoo masa abang Ngah umur 3 tahun dan sekarang ni abang ngah dah 8 tahun. emmm lama tu. Ada banyak perubahan, tapi belum siap lagi masih dalam kerja-kerja pembinaan. Lepas ni kalau dah siap sepenuhnya harap-harap ianya lebih menarik. Harga tiket pun dah berubah untuk dewasa RM30.00 dan kanak-kanak RM6.00. Harga ni untuk yang ada MyKad n MyKid ya... Kalau tak lain harganya. Seronok bila tengak keterujaan anak-anak. Oklah dapat belajar mengenal haiwan-haiwan ya... ni asyik tengok kucing aje... Tengok kat dalam TV tak sama dengan yang real... Oklah kita layan gambar ajelah kan sebelum tu nak cerita sikit pasal Zoo ni...

Masa dibuka dan Harga tiket
"Zoo Negara Malaysia, diuruskan oleh Persatuan Zoologi Malaysia, sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang ditubuhkan untuk mewujudkan zoo tempatan pertama bagi rakyat Malaysia. Zoo Negara telah dibuka dengan rasminya pada 14 November 1963 dan telah  menjadi sebuah zoo yang terkenal di seluruh dunia. Mempunyai sejumlah lebih 5137 spesimen daripada 476 spesies mamalia, burung, reptilia, amfibia dan ikan. Zoo Negara merangkumi 110 ekar tanah yang terletak hanya 5 km dari bandar Kuala Lumpur. Selama bertahun-tahun, zoo telah mengubah dirinya kepada satu konsep zoo terbuka dengan lebih 90% daripada haiwan yang disimpan dalam pameran yang luas dengan landskap bersesuaian dengan sifatnya. Sedang berusaha dalam memastikan bahawa konsep zoo lama berubah sepenuhnya." (dipetik dari www.zoonegaramalaysia.my/‎ )

Sekian terima kasih... hihihihhh, oklah tu kan. 


Show times : Daily: 11.00 am & 3.00 pm / 3.30 pm (Friday) . Abang ngah ngan burung kak tua.
Tram Rides
ADULT
CHILDREN
With
Mykad
Without
Mykad
With
Mykad
Without
Mykad
RM3.00
RM6.00
RM2.00
RM4.00

Muka sebelum masuk...
Dikerumuni oleh Burung Botak Upeh... dimaklumkan ada lebih kurang 700 ekor ... banyakkan....
Senyum tak perlu kata apa-apa......
Abah & puteri kesayangan
Muka takut... eeee gajah kat belakang tuuu...
Ha dah penat ya... muka pun monyok aje ni... tapi ibu ngan abah masih boleh tersenyum ma....
Abang Ngah yang sempoi...
Alahai sukanya dia... cer kalau binatang tu hidup... mau cabut lari....
Tertidur setelah kepenatan...
 
p/s : Mesti tertanya-tanyakan mana abang long... Abang long tak ikut sebab dia tak der kat rumah... Cuti sekolah ni biasalah dok kat umah atoklah kan... masa nak pergi ni pun tak plan... call abang long, nak ajak sekali, emmmm dia dah pergi Sepang ikut Atok dia, jadi on ajerlah... sian dia kena tinggal.... Lain kali lah abang long ya....










Monday, May 27, 2013

Family Gathering @ 25.5.2013

Assalamualaikum...

Syukur Alhamdulillah, kerana dapat bersama dengan family tercinta... cuma adik saya yang no 3 dan no 5 sahaja yang tak ade... Deq Mah (Alang) kat Kelantan dan Deq Anis (Cik Su) Masih kat asrama kat Kuala Pilah... Gathering ni suka-suka aje... tak plan pun nak buat... kebetulan Angah balik cuti rumah mak so call Deq Zam datang rumah saya, nasib baiklah dia cuti... Lepas makan-makan... petang tu apa lagi gi mandi mandalah... siap bawa bekal nugget, yalah mesti laparnya bila lepas berendam ni kan. Emmm seronok tengok adam ngan alya, Zafirah pun tak nak naik... semua tahan sejuk ya... nasib baiklah Zafran kecik lagi kalau tak boleh join...
Memu pun simple ajer... nasi briyani, ayam masak merah, sayur campur tak sempat nak buat dalca... lain kalilah ya... pencucu mulut, saya buat kek batik dan puding roti bersama sos coklat... untuk resepi ni lain kali saya uploadlah ya, insyaallah...

Nasi Briyani
Ayam masak merah
Sayur campur
Puding Roti
Kek Batik
Abang Ngah ngan Adam bersama Pak Uda ngan Zafirah
Alahai Zafirah
Senyum........
Angah bersama cinta hatinya Zafran
Zafran - 3 bulan
eeee sejuknya....
Mak ngan Alya
Angah, Zaidi & Zafran
Deq Zam, Aya ngan Zafirah
Adam pun pandai berenang ya... tapi nagan pelampunglah ya
"Ibu nak turun... Ya nak mandi ni..."
Aya ngan Zafirah...


Tuesday, May 21, 2013

Suprise...

Assalamualaikum...

Terima kasih buat teman-teman yang mengingati dan mendoakan kesejahteraan saya... Buat Mas, Yus, Nor dan Esha... terima kasih di atas surprise semalam ya... sedap kek tu ya... senyap-senyap aje keluar... rupa-rupanya gi secret recipe, beli kek untuk kak gee ya... sweet memory... Kalian sentiasa dalam ingatan kak gee ya.....   Dah tambah setahun... cepat betul masa berlalu...

p/s : Muhasabah diri... Semoga bertambah keimanan dan ketaqwaan kepada Allah SWT, Semoga sentiasa dipermudahkan, dikurniakan kesihatan dan sejahteraan, Semoga sentiasa dilimpahi rahmat dan kebahagian di samping insan-insan tersayang, di bukakan pintu rezeki seluas-luasnya. Semoga dibersihkan hati dan disucikan jiwa. Semoga dikurniakan zuriat yang soleh dan solehan. Semoga menjadi anak yang dapat berbakti kepada kedua ibu bapa yang dikasihi... Semoga menjadi permaisuri hati buat suami tercinta dan menjadi ratu hati buat permata hati ibu yang tersayang. Amin...

Norazlen n Yusniza
Bermanja-manjaan dengan Esha

Maszura n Esha
Yusniza


Monday, May 20, 2013

Aksi Alya bermotosikal, Adam pula berkereta...

Assalamualaikum...

Seronoknya Adik Alya ngan Abang Chik...
Abang Ngah tengok ajelah ya...
Tak pa, Abang Ngah pun seronok jugak sebab lepas ni nak gi Low Yat,
nak repair PSP Abang Ngah kan...  sukalah tu...


Jenjalan kat Giant Batu Caves...
Sementara tunggu cermin mata baru ibu siap...
Hadiah Birthday dari abah ya...
Tima kasih sayang...
Hadiah Hari Lahir daripada Cik Abang Tersayang


Thursday, May 16, 2013

KABINET MALAYSIA 2013


KUALA LUMPUR 15 Mei - Berikut senarai penuh barisan Kabinet 2013 yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam sidang akhbar khas di Putrajaya.
 
Perdana Menteri : Datuk Seri Najib Tun Razak
 
Timbalan Perdana Menteri : Tan Sri Muhyiddin Yassin 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri:
 
Datuk Seri Jamil Khir Baharom
Datuk Seri Abdul Wahid Omar (Senator) 
Datuk Seri Idris Jala (Senator)
Tan Sri Joseph Kurup
Datuk Seri Shahidan Kassim 
Nancy Shukry
Datuk Joseph Entulu Belaun
Datuk Paul Low Seng Kwan (Senator)

Timbalan Menteri: Datuk Razali Ibrahim
Timbalan Menteri: P.Waythamoorthy (Senator)
 
Kementerian Kewangan
Menteri I : Datuk Seri Najib Tun Razak
Menteri II: Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah
Timbalan Menteri: Datuk Ahmad Maslan 


Kementerian Pelajaran dan Pengajian Tinggi
Menteri I: Tan Sri Muhyiddin Yassin
Menteri II: Datuk Seri Idris Jusoh
Timbalan Menteri I: Datuk Mary Yap Kain Ching
Timbalan Menteri II: P. Kamalanathan


Kementerian Pertahanan
Menteri: Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
Timbalan Menteri: Datuk Abdul Rahim Bakri
 

Kementerian Pengangkutan
Menteri: Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (memangku)
Timbalan Menteri: Datuk Ab. Aziz Kapraw


Kementerian Dalam Negeri
Menteri: Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi
Timbalan Menteri: Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar


Kementerian Kerja Raya
Menteri: Datuk Fadillah Yusof
Timbalan Menteri: Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin


Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri
Menteri: Datuk Seri Mustapa Mohamed
Timbalan Menteri: Hamim Samuri


Kementerian Luar Negara
Menteri: Datuk Seri Anifah Aman
Timbalan Menteri: Datuk Hamzah Zainuddin


Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan
Menteri: Datuk Hasan Malek
Timbalan Menteri: Datuk Ahmad Bashah Md. Hanipah (Senator)


Kementerian Komunikasi dan Multimedia
Menteri: Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek
Timbalan Menteri: Datuk Jailani Johari


Kementerian Sumber Manusia
Menteri: Datuk Richard Riot Anak Jaem
Timbalan Menteri: Datuk Ismail Abd. Muttalib


Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
Menteri: Datuk Seri Mohd Shafie Apdal
Timbalan Menteri: Datuk Alexander Nanta Linggi


Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Menteri: Datuk Abdul Rahman Dahalan
Timbalan Menteri: Datuk Halimah Mohd. Sadique


Kementerian Belia dan Sukan
Menteri: Khairy Jamaluddin Abu Bakar
Timbalan Menteri: Datuk M. Saravanan


Kementerian Kesihatan
Menteri: Datuk Seri Dr. S.Subramaniam
Timbalan Menteri: Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya


Kementerian Wilayah Persekutuan
Menteri: Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor
Timbalan Menteri: Datuk Dr. J. Loga Bala Mohan (Senator)


Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi
Menteri: Datuk Seri Douglas Uggah Embas
Timbalan Menteri: Datuk Noriah Kasnon


Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air
Menteri: Datuk Dr. Maximus Johnity Ongkili
Timbalan Menteri: Datuk Seri Mahdzir Khalid


Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani
Menteri: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
Timbalan Menteri: Datuk Tajuddin Abdul Rahman


Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan
Menteri: Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Timbalan Menteri: Datuk Joseph Salang Anak Gandum


Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi
Menteri: Datuk Dr. Ewon Ebin
Timbalan Menteri : Datuk Dr. Abu Bakar Mohd. Diah


Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar
Menteri: Datuk Seri G. Palanivel
Timbalan Menteri: Datuk Dr. James Dawos Mamit


Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
Menteri: Datuk Rohani Abdul Karim
Timbalan Menteri: Datuk Azizah Mohd. Dun
 

KABINET MALAYSIA 2013
Perdana Menteri : 1 Jawatan
Timbalan Perdana Menteri : 1 Jawatan
Menteri : 30 Jawatan (Termasuk Timbalan Menteri)

Timbalan Menteri : 26 Jawatan

Jumlah Kementerian : 24 
Jumlah Senotor Sedia Ada : 1 Orang
Jumlah Senator akan dilantik : 5 Orang (2 Menteri dan 3 Timbalan Menteri)
Jumlah Backbenchers : 82 Orang