Pengunjung setia

Showing posts with label Jalan-jalan. Show all posts
Showing posts with label Jalan-jalan. Show all posts

Thursday, May 30, 2013

Jalan-jalan di Zoo Negara.

Assalamualaikum,

Dah lama tak bawa anak-anak jalan-jalan di Zoo Negara, rasanya dah hampir 5 tahun juga. Last pergi Zoo masa abang Ngah umur 3 tahun dan sekarang ni abang ngah dah 8 tahun. emmm lama tu. Ada banyak perubahan, tapi belum siap lagi masih dalam kerja-kerja pembinaan. Lepas ni kalau dah siap sepenuhnya harap-harap ianya lebih menarik. Harga tiket pun dah berubah untuk dewasa RM30.00 dan kanak-kanak RM6.00. Harga ni untuk yang ada MyKad n MyKid ya... Kalau tak lain harganya. Seronok bila tengak keterujaan anak-anak. Oklah dapat belajar mengenal haiwan-haiwan ya... ni asyik tengok kucing aje... Tengok kat dalam TV tak sama dengan yang real... Oklah kita layan gambar ajelah kan sebelum tu nak cerita sikit pasal Zoo ni...

Masa dibuka dan Harga tiket
"Zoo Negara Malaysia, diuruskan oleh Persatuan Zoologi Malaysia, sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang ditubuhkan untuk mewujudkan zoo tempatan pertama bagi rakyat Malaysia. Zoo Negara telah dibuka dengan rasminya pada 14 November 1963 dan telah  menjadi sebuah zoo yang terkenal di seluruh dunia. Mempunyai sejumlah lebih 5137 spesimen daripada 476 spesies mamalia, burung, reptilia, amfibia dan ikan. Zoo Negara merangkumi 110 ekar tanah yang terletak hanya 5 km dari bandar Kuala Lumpur. Selama bertahun-tahun, zoo telah mengubah dirinya kepada satu konsep zoo terbuka dengan lebih 90% daripada haiwan yang disimpan dalam pameran yang luas dengan landskap bersesuaian dengan sifatnya. Sedang berusaha dalam memastikan bahawa konsep zoo lama berubah sepenuhnya." (dipetik dari www.zoonegaramalaysia.my/‎ )

Sekian terima kasih... hihihihhh, oklah tu kan. 


Show times : Daily: 11.00 am & 3.00 pm / 3.30 pm (Friday) . Abang ngah ngan burung kak tua.
Tram Rides
ADULT
CHILDREN
With
Mykad
Without
Mykad
With
Mykad
Without
Mykad
RM3.00
RM6.00
RM2.00
RM4.00

Muka sebelum masuk...
Dikerumuni oleh Burung Botak Upeh... dimaklumkan ada lebih kurang 700 ekor ... banyakkan....
Senyum tak perlu kata apa-apa......
Abah & puteri kesayangan
Muka takut... eeee gajah kat belakang tuuu...
Ha dah penat ya... muka pun monyok aje ni... tapi ibu ngan abah masih boleh tersenyum ma....
Abang Ngah yang sempoi...
Alahai sukanya dia... cer kalau binatang tu hidup... mau cabut lari....
Tertidur setelah kepenatan...
 
p/s : Mesti tertanya-tanyakan mana abang long... Abang long tak ikut sebab dia tak der kat rumah... Cuti sekolah ni biasalah dok kat umah atoklah kan... masa nak pergi ni pun tak plan... call abang long, nak ajak sekali, emmmm dia dah pergi Sepang ikut Atok dia, jadi on ajerlah... sian dia kena tinggal.... Lain kali lah abang long ya....










Sunday, May 8, 2011

-Pantai Batu Hitam, Kuantan-

Minggu lalu kami pergi bercuti ke Kuantan, Pahang... sambil-sambil kejemputan majlis perkahwinan rakan en. suami... Percutian yang tak dirancang... nak tau sebab apa saya cakap cam ni... sebabnya dah sampai kat sana baru nak cari hotel... punyalah susah nak dapat hotel... semua full... Mana tak nya masa tu Jom Heboh kat Kuantan dan cuti umum Labour Day pulak tu... mestilah ramai yang datang bercutikan kat situ... yang ada pun Classic Hotel... nasib baik ada... tapi keciklah sikit dengan kami yang 6 orang ni... nak buat cam ner nasib baik ada... abg long ngan abg ngah dah frust sebab tak dapat nak mandi kat swiming pool... nasib baik dia orang ni boleh dipujuk lagi...

Selepas balik dari kenduri Kahwin tu, kami ke Pantai Batu Hitam, apa lagi jom main air le... mandi-manda cari ketam, kulit siput le... abg long & abg ngah yg paling seronok sangat... tak kira dah panas ke ape... seronok sangat... en. suamilah peneman setia abg Long & abg Ngah ni...
Agak panas jugak cuaca kat sana... kesian Adam tak leh lah nak join ... sbb kecik lagi... 

Malam tu pergi jugak lah kat Jom Heboh tu... Abang Long yang nak pergi sangat... singgah-ainggah ajelah sbb nak keluar makan kat Awana Seafood, makan ikan bakar....

Esoknya.... Adam pulak demam... agaknya perubahan cuaca... dah penat berjalan kot... Sian dia... So batallah program... kalau tak semasa nak balik KL nak singgah kat Gambang Water Park.... Actually dah pernah pergi kat water park ni... best jugak...Tu sebab lah nak pergi lagi...Tak apalah lain kali ajelah... 

P/s: Seronok tengok anak-anak gumbira... 

Jomlah Cik Su, nak gi sana tu ...
nak main cam Abang Long ngan Abang Ngah...
Alahai manjanya Adam dengan Cik Su nya....
dah tau dah.. mesti adam tengah bodek Cik Su kan
Saya dah pandai jalan... Ibu nak ikut tak...
jom jalan-jalan kat tepi pantai...
Tekunnya Abang Long
tengah cari ketam dan kulit siputlah tu.
Tengok tu... dah dapat tangkap anak ketam...
Nantilah kalau saya dah besar
ibu pun tak boleh nak kejar saya...
ibu... nak main air jugak....
  
Abg Long & Abg Ngah tengah layan cari ketam

Majlis turut dihadiri oleh TYT Tun Datuk Seri Utama Mohd Khalil B Yaakob


Monday, February 21, 2011

Sepetang di Taman Tasik Perdana

 Lama jugak ibu tak bawa anak-anak ibu jalan-jalan kat taman... maklumlah abah sibuk sikit... tambahan pula adam kecik lagi... Sekarang Adam dah 9 bulan. Seronok tengok Si cilik Adam ni asyik main buai aje... tak nak turun dah... dok peganglah tali buai tu kuat2.... tak kasi ibu ngan abah angkat... buat macam buai tu dia yang punya... Abg Long ngan Abg Ngah apa lagi berlari ke sana ke sinilah... Semua permainan yang ada kat taman tu di main... tak lupa juga naik keretapi pusing2 taman... tapi ibu ngan adam tak ikut sebab ibu nak susukan Adam... Adam dah lapar...
                

"Adam nak main lagilah ibu... nanti lah... jap lagi kita baliklah"
 
"lihatlah dunia, Adam nak terbang ni..."

"Abah nak main buai ni... tak yah lah... abah buaikanlah adam ni, laju2 tau" 


Bukan main lagi Abang Long ni... Tutup mulut tu nanti masuk lalat....

Abang Ngah malu-malu pulak...


"Kalaulah boleh, nak bawak balik buai ni... tapi apakan daya tak terdaya...."
Abang Long ngan Adam

"Cepatlah Adam dah lapar ni"

Jom jalan-jalan cari makan...
Lepas penat bermain apa lagi... kena isi perutlah... Tima kasih abah belanja kami makan... yah...