Pengunjung setia

Friday, May 10, 2013

Selamat Hari Lahir Adam yang ke-3 tahun

Assalammualaikum...

CINTA HATI IBU....
Hari ni 10.5.2013 adalah ulang tahun kelahiran Adam yang ke-3 tahun. Sedar tak sedar dah besar dah anak ibu ni. Happy Birthday Adam. Ibu sentiasa doakan semoga Adam  menjadi anak yang soleh, sejahtera, dikurniakan kesihatan yang baik, anak yang beriman dan bertaqwa, anak yang bijak,  semoga Adam sentiasa dimurahkan rezeki dan panjang umur serta semoga Adan sentiasa dirahmati Allah selalu, Amin...
Nak kongsi sedikit tentang perihal Adam ni... Adam ni seorang anak yang baik, cerdik, ceria dan cepat belajar,  cuma manjer sikit. mungkin sebab Adam anak bongsu lelaki ibu tak?... Manjernya mengalahkan Adik Alya. Kalau tak layan dia, dia boleh cakap"ibu tak sayang Chik" kena pandai ambil hati dia... Kesukaan Adam... Adam suka tonton cerita Upin Ipin. Ada sedikit sifat penakutnya. Kalau tengah main kat laman rumah. Bila ada orang lalu terus lari masuk rumah... "Chik akut" katanya. Senang nak jaga sebenarnya sebab bila bawa jalan-jalan pun dia tak akan berenggang dengan kita... jadi takderlah ibu risau sangat. Adam sangat sayangkan Adik Alya... sikit-sikit tanya Adik Iya Cha mana... Itu nama panggilan untuk Alya... nak panggil nama penuh tapi pelat ... Alya Marissa jadi Iya Cha... Kepantangan Adam ni janganlah bawa dia dekat tempat-tempat yang ada banyak barang mainan, kang kenalah... apa lagi kena belilah. Makanan kegemarannya pulak pizza...
oklah panjang pulak celoteh tentang Adam ni. kita layan gambar-gambar Adam ya...
"Adam Sayang Ibu..."
Tak menyempat nak makan pizza... dalam kereta pun jadilah

Sayang Adik Alya (Alya berumur 3 bln)

Abang Chik nak riba Adik Alya

Baju ni ibu baru beli... Suka dapat baju upin ipin...
Jom jalan-jalan ngan Adam... Basikal hadiah dari Abah, Selamat Hari Lahir sayang....

Di Snow World i City Shah Alam, bersama Adik-adik Abah... Ibu & Alya tak dapat masuk sbb Alya baru 6 bulan. Eeee sejuk... Comeinya Adam...

Adam mandi manda... Abang-abang kat kolam dewasa... Ni kolam untuk kanak-kanak ya...
Di Studio Rakaman ASWARA, ikut ibu semasa rakaman Nazam...
Jalan-jalan di KLIA
Adam ngan Alya

Adam tengah kusyuk makan pizza... emmm tak ingat orang dah ni...



No comments:

Post a Comment