Pengunjung setia

Wednesday, June 13, 2012

Dah 37 weeks...

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Lama tak buat entry kat sini... sedar tak sedar dah 37 minggu dah usia kandunganku...
tak sabar nak menanti kehadiran orang baru...
Abang long ngan abang ngah pun dok tanya bila baby nak lahir ni ibu?... itulah soalannya...
mungkin seperti ku juga tak sabar menunggu kelahiran baby...
Adam pun semakin manja, yalah tak lama lagi nak kena berkongsi kasih ngan baby yang bakal lahir...
bila ditanya mana baby adam... dia akan tunjuk pada perutku...
Persiapan semuanya dah beres cuma menunggu hari ajelah...
Semoga semuanya selamat dan dipermudahkan...
Semoga Allah kurniakan kepada ku seorang puteri yang solehah, yang sihat dan comel yang akan menyerikan lagi sinar-sinar kebahagian di dalam rumah tangga ku... Amin...
Tentang nama tu masih belum ade lagi... tunggu baby lahir dulu lah ya...

Thursday, March 22, 2012

Doa untuk ibu bapa...

Assalammualaikum dan salam sejahtera...

Untuk renungan kita bersama ...

 Ya Allah
Rendahkanlah suaraku bagi mereka
Perindahlah ...ucapanku di depan mereka
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka

Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, atas
didikan mereka padaku dan Pahala yang besar atas
kesayangan yang mereka limpahkan padaku,peliharalah
mereka sebagaimana mereka memeliharaku.

Ya Allah,
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan
atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku
atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku
jadikanlah itu semua penyebab susutnya
dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala kebaikan
mereka dengan perkenan-Mu ya Allah
hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan
kebaikan berlipat ganda.

Ya Allah,
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku,
Izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku.
Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku memberi
syafa'at untuk mereka,sehingga kami semua berkumpul
bersama dengan santunan-Mu di tempat kediaman
yang dinaungi kemulian-Mu, ampunan-Mu serta rahmat-Mu... .

Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha
Agung, serta anugerah yang tak berakhir dan Engkaulah
yang Maha Pengasih diantara semua pengasih.

Amin Ya Rabbul Alamin..
Marilah kita kenangkan dosa kita kepada orang tua kita. Siapa tahu
hidup
kita dirundung nestapa kerana kedurhakaan kita. Kerana kita
menghisap
darahnya, tenaganya, airmatanya,
keringatnya. Istighfarlah, Istighfarlah. ..
Barangsiapa yang matanya pernah sinis melihat orang tuanya. Atau
kata-katanya sering mengguris hatinya, atau yang jarang
memperdulikan
dan
mendoakannya. Percayalah bahawa anak yang derhaka siksanya
didahulukan
didunia ini.
Ayah... Ibu ampunkanlah dosa-dosa anakmu...


p/s: esok 23.3.2012 ayah akan berangkat ke Mekah untuk menunaikan umrah. Sampaikan salam along kepada junjungan Rasulullah S.A.W dan selamat beribadat buat ayah... Semoga beroleh kesejahteraan dan ketenangan serta selamat pulang kepangkuan keluarga tercinta.