Pengunjung setia

Showing posts with label Ucapan. Show all posts
Showing posts with label Ucapan. Show all posts

Wednesday, July 24, 2013

Belated Birhtday untuk Nur Alya Marissa.

Assalamualaikum...

Bersua kembali... lama jugak tak buat n3 ni. Tulah buzy sikit... ha sampaikan birthday alya pun saya tak sempat nak update... Oklah kisah cik Alya Marissa saya ni dah genap umurnya setahun pada 27 JUN 2013 yang lalu... ha dah nak masuk 13 bulan ya... Oh ya, satu lagi Alya dah pandai jalan... Dia start melangkah sendiri dua tiga tapak masa hari lahir dia... ha sekarang ni dah lajulah... nak jalan ajer... orang dah dapat kaki... Pasal birthday party pulak tak dapat nak buat pada tarikh dia tu... sebab ibu kena pergi seminar kat Ipoh, Perak pada 27 Jun 2013 dan lepas tu sambung pulak hari Jumaat sampai Ahad, 28 - 30 Jun ada Bengkel Penulisan Jurnal Berimpakkat kat Lexis Hotel PD. Dan akhirnya kita sambut birthday Alya pada 7 Julai 2013. Oleh kerana sibuk sangat hari tu... boleh pulak lupa nak ambik gambor... nasib baiklah Mas ada ambik... Ni pon kita ambik kat dia... TQ Mas... muahhh...muah.... Majlis ni biasa-biasa ajer.. tak derlah buat besar2an... saja suka2... Tima kasih Mak ngan Ayah, Deq Zam, Mas, Aishah, Yati, Mala dengan family masing2 sebab sudi datang ya... Untuk mak ngan ayah, Happy Anniversary yang ke 35 tahun... Semoga mak dan ayah sentiasa dibawah lindungan Nya dan diberkati Nya, diberikan kesihatan yang baik, rezeki yang melimpah ruah dan kebahagian di dunia dan di akhirat. Amin... Untuk anak ibu Nur Alya Marissa semoga kamu menjadi anak yang sollehah... Doa ibu tak pernah terbatas untuk sayang semua... Sayang kamu semua....

Susahnya nak cari kek hari tu, maklumlah lagi 2 3 hari dah nak puasa... Secret reprise kat sri gombak pun boleh habis tau... Cari kat Giant Batu Caves adalah... tapi tak ada pilihan... ni Abang Adam lah yang pilih... Ikut ajerlah...

Adam nak potong sendiri... ha, tulah dia... Tengok Adik Alya muka baru bangun tidur....

Ni Arshad anak Aishah, seronoknya dia... tapi tak dapat mandi sebab Arshad tak berapa sihat... 
Cucu saudara Mas... Nisa namanya... hummm sampai nangis2 tak nak balik.... tak pa lain kali datang lagi ya...

Tuesday, December 27, 2011

SeLaMaT DaTaNg oRaNg BaRu....

Assalammualaikum dan salam sejahtera...
alaihai comeinya awak tidor...
Alhamdullillah... akhirnya penantian selama 9 bln 10 hr berakhir pada 23 Disember 2011 jam 4.40 ptg... seorang bayi perempuan yg sgt comel selamat dilahirkan... Aya selamat melahirkan anak sulungnya... Tahniah buat adik Zam dan Aya... Tersangatlah teruju seluruh ahli keluarga saya... mana tak nya dah dapat baby girl... nilah cucu perempuan yang pertama dalam keluarga saya... seronokkan... namanya masih lagi belum diberikan... tunggu hari ke-7 ya... sekarang sedang berpantang dirumah mak... ha... yang risau tu takut si Adam kacau baby.... maklumlah sebelum ni dia lah yang dikelek kesana kemari... cucu yang paling manja... pas ni kena berkongsi kasihlah dengan mak tok nya.... tak palah Adam... Adam belajar2lah ya... nanti dapat adik senang sikit .... harap2 ok lah kan....

Thursday, December 22, 2011

TAHNIAH....

Assalamualaikum buat semua...
Dah lama saya tidak menulis di sini... dah bersawang rasanya... rindu juga nak mencoretkan sesuatu di sini... akhirnya berjaya jugalah saya nak buat entry ni... kenapa hari ni? sebenarnya banyak berita gembira yang nak dikongsikan tapi tak punya masa... Bersyukur ke hadrat Illahi di atas rezeki NYA yang melimpah ruah buat hambanya... semuanya rezeki Allah... tak perlu rasanya nak dikongsikan semunya... takut timbul riak pulak ... astaghfirullah... mintak dijauhkan.... cukuplah dengan berita akan kehadiran orang baru dalam keluarga saya... ummmm Insyaallah, Adam akan jadi abang tak lama lagi, dah tak boleh panggil adik dah lah.... semoga anak yang ibu kandungkan ini beroleh kesejahteraan dan dilimpahi rahmat serta dijadikan insan yang bertaqwa kepada Allah dan Rasulnya....

Ucapan tahniah ni adalah untuk adik saya. Hari ini hari yang bersejarah dan hari yang terindah buat adik kesayangan saya ni. Hari ni UPSR PMR diumumkan... .setelah menanti dengan penuh debaran....akhirnya... TAHNIAH di atas kejayaanmu mendapat 8A.... Kak long tumpang gembira.... terima kasih juga buat adik sebab tolong layan kerenah hero-hero kak long... Tahniah juga kepada semua pelajar-pelajar yang diluar sana.... Buat adik... doa kak long sentiasa mengiringi langkah mu... semoga adik sentiasa berjaya di dalam kehidupan di dunia dan di akhirat....teruskan usaha... perjalanan masih panjang.... Ini juga permulaan untuk melangkah lebih jauh ... TAHNIAH... Tunggulah ya hadiah apa yek nak kasi kat awak ni.... eh mana blh kasi tau tak surprise lah kan... tungguuuuu....................
Tahniah atas kejayaan Adik dlm PMR 2011

Monday, September 5, 2011

Salam Aidilfitri 1432 H

Assalammualaikum semua...
Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan 
Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin 
buat teman-teman sekalian... 
dan selamat bertugas kembali seperti sedia kala...
Saya dah pun mula bekerja pada hari ini,
walaupun suasana ofis masih lagi dalam mood raya... 
ramai lagi yang masih bercuti...
ummm....memanglah sunyi, 
yang adapun student kat sini yang dah memula kelas mereka...

Oppppssss tak lupa juga buat Ibunda tercinta 
dan Adinda tersayang 
Selamat Hari Lahir pada 2 dan 4 Sept yang lepas...
Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki 
dan sentiasa dirahmati oleh yang maha Esa...

Oklah, buat farah ngan wani selamat bercuti ya... 
dan Salam Lebaran buat semua......
 

Tuesday, August 2, 2011

SELAMAT HARI LAHIR YANG KE-6

Assalammualaikum...
Hari ni hari lahir anak kesayangan ibu yang ke-2... sapa lagi kalau bukan Abg Ngahkan.. Pejam celik-pejam celik, aduhai, sekejap aje masa berlalu... dah besar dah, anak ibu ni, dah 6 thn. Thn depan dah sekolah darjah 1. Ibu doakan semoga anak ibu diberkati dan dirahmati Allah selalu... Semoga abg ngah menjadi anak yang solleh, anak yang baik dan semoga Allah sentiasa mempermudahkan urusan mu... Hadiah dari ibu untuk Abg Ngah tahun ni special sikit, samalah ngan abg long... rezeki anak-anak ibu lah tu... semoga abg ngah ngan abg long suka dengan hadiah tu ya... dan jangan lupa belajar rajin-rajin, walaupun dah dapat hadiah yang diidam-idamkan tu ya... 

p/s:  Apa-apapun, anak ibu adalah segalanya untuk ibu... pesanan ibu...jangan lupa solat dan jangan lupa belajor... ilmu tu  penting untuk bekalan dimasa hadapan...

Monday, June 27, 2011

Majlis Perpisahan Ozee & Fazli...

Assalammualaikum dan salam sejahtera...

Salam perpisahan buat Ozee & Fazlie 
yang akan menamatkan perkhidmatan di ASWARA 
berakhir 30 Jun 2011... 
semoga hubungan persahabatan yang terjalin akan terus berkekalan... 
semoga berjaya walau dimana kalian berada... 
Buat ozee... selamat menerima kehadian orang baru dalam kehidupanmu... 
selamat maju jaya dalam pengajian yang bakal diteruskan... 
Buat fazli... selamat bertugas ditempat baru (KPM)..
dan salam kemaafan sekiranya terdapat 
kepincangan dalam setiap tutur kata, 
gerak geri sama ada sedar atau tidak...
Salam sehingga ketemu lagi...
Semoga kejayaan akan sentiasa menjadi milik kalian....

 

P/s: teringat semasa saat-saat meninggalkan LHDN Cawangan PJ (2008).... 
memori indah bersama teman-teman HASIL akan sentiasa terpahat di sanubari... 
Rindunye memori Mei 2007- Mei 2008, LHDNPJ....

Monday, June 13, 2011

Selamat Hari Lahir buat Angah

Hampir terlupa pulak... buat adik saya yang nombor dua ni... saya nak ucapkan Selamat Hari Lahir ... semoga sentiasa diberkati oleh Allah S.W.T ... semoga panjang umur dan murah rezeki... Insyaallah tahun depan makan nasi minyak ya...

Monday, June 6, 2011

Tahniah...

Ucapan tahniah ni buat adik kesayangan ku... Deq Zam dan Aya kerana bakal menimang cahaya mata... Aya dah pregnant 2 bulan. Alhamdulillah... semoga Aya dan baby sihat hendaknya... patutlah asal Kak Long jumpa aje tak sihat ...ehem, ehem gitu... dah agak dah mesti ada nie... Wah... Mak Tok ngan Tok Ayah nak tambah cucu lagi ni... Ok pesanan Kak Long buat adik2 ku... semoga bertambah-tambah sinar kebahagian kalian dengan bakal kehadiran orang baru... dan jangan lupa jaga kesihatan tau....

Wednesday, May 18, 2011

Happy Birthday....

Assalammualaikum semua...
Alhamdulillahirabbilalamin... segala puji dan syukur bagi TUHAN semesta alam,kedamaian, kesejahteraan daripada-Nya moga tercurah buat Rasullullah s.a.w beserta keluarga, sahabat dan pengikutnya.
Hari ini juga merupakan hari ulang tahun kelahiran saya... Alhamdulillah kerana dengan limpah kurnianya juga saya masih mempunyai peluang untuk menikmati kemanisan hidup di bumi Allah ini bersama-sama keluarga dan insan-insan tercinta... Tersangat teruja kerana malam tadi mak dan adik2 datang kerumah... surprise... bawa  birthday cake untuk saya... wah... terharu rasanya bila insan-insan kesayanganku ini mengingati hari lahir ku... Kek coklat yang comei lotei ni di sponsor oleh Deq Zam ngan Aya ... tima kasih ya... moga murah rezeki awak berdua... Dah potong kek semalam...sambut awal sehari lah pulak... tapi, tulah yang tak best tu sebab tak dapat nak masak-masak special lah... sebab daporku rosak ... petang semalam tu keluarlah ngan en. suami ngan anak2... pegi beli dapor baru... ha... terkilanlah sikit... kalau tak boleh makan-makan kan... apa-apa pun terima kasih kat en suami sebab beli dapor baru untuk saya... dan untuk Mak, Deq Zam, Aya, Deq Anis ngan kawan Deq Anis (apa nama nye aaa.... lupa lah Fina kot) tima kasih bayak-bayak sebab datang umah malam tadi... dan untuk anak-anak ibu.... terima kasih sayang.... (dia orang pulak yang beria-ia nak potong keknya....) Terima kasih juga untuk teman-teman kat opis, kat FB.... di atas  ucapan dan ingatan kalian... Semoga kita sama-sama mendapat rahmat dan keberkatannya...Amin...
Sedap nya kek coklat ni kan... Deq Zam yang belikan ni...

Sapa punya birthday ni... semua potong kek... bagus2...one happy family

Inilah tuan punya plant... diale orang nya yang belikan kek ni...Deq Zam & Aya.

Nenek ngan cucu kesayangannya....

Tersengih lebar Cik Sunya...

Monday, May 16, 2011

SeLaMaT HaRi GuRu...

Selamat Hari Guru diucapkan buat semua guru-guru di Malaysia... Jasa dan pengorbanan Seorang Guru tidak ternilai jika dibandingkan dengan keringat guru-guru yang sentiasa berusaha untuk memastikan kejayaan anak didiknya... Jom kita hayati dan renungkan bait-bait puisi berikut ...Saya suka sangat puisi ni... anda bagaimana, suka tak?...Jom layan...

 

Puisi : Guru Oh Guru

(SN Usman Awang)

Guru Oh Guru ..................
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum manjadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

Nukilan Allahyarham SN Dato' Dr. Usman Awang
Dipetik daripada buku antologi puisi Guru oh Guru
yang diselenggarakan oleh Zam Ismail
terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Kuala Lumpur, 1989.

Tuesday, May 10, 2011

HAPPY 1ST BIRTHDAY ADAM...

"Allah Selamat kan Kamu...
Allah Selamat kan Kamu...
Allah Selamatkan Muhammad Adam...
Allah Selamatkan Kamu....."
Ibu, nak kek birthday....boleh tak?... ha...ni adik
yang nak ke Abang Long ngan Abang Ngah yang request...???



Selamat Ulang Tahun yang pertama buat anak ibu Muhammad Adam Nur Iman Bin Roslan.... Ibu panjatkan doa kehadrat Illahi...Semoga Adam panjang umur dan di murahkan rezeki, semoga anak ibu  menjadi anak yang solleh dan sentiasa sihat sejahtera... 

Pejam celik-pejam celik, serasa begitu pantasnya masa berlalu... Terkenangkan saat-saat mengandungkan Adam, detik-detik kelahiran Adam... dan setiap masa melihat Adam membesar bagai johan...Anak ibu sudah berusia setahun hari ini... Setahun jugalah ibu sudah berjaya menyusukan kamu... Semoga impian murni ibu untuk menyusukan kamu sehingga kamu berusia dua tahun akan tercapai... Amin...
Ibu nak buat kenduri kesyukuran sedikit... ibu nak buat pulut kuning dan hantar kat surau dekat rumah mak tok malam Jumaat ni... Semoga anak ibu sentiasa dilindungi oleh Allah SWT setiap masa walau dimana jua Adam berada... Salam cinta dan kasih sayang dari ibu buat Adam tersayang.....

Sunday, May 8, 2011

SELAMAT HARI IBU

Assalamualaikum...

Selamat Hari Ibu saya ucapkan kepada Insan yang teristimewa dalam hidup saya iaitu ibu saya Puan Che Gayah Binti Che Wel... Jasa dan pengorbanan ibu tiada ternilai... "Kak Long Sayang Mak... terima kasih Mak kerana sentiasa menjadi pendorong dan pembakar semangat kepada Kak Long dalam mengharungi kehidupan buat selamanya... tanpamu ibu siapalah daku..."

Ibuku yang dikasihi

Tidak lupa juga untuk ibu mertua saya Puan Mariah Binti Ma'il.... Ma... terima kasih diatas segalanya... Saya amat beruntung kerana mempunyai ibu mertua yang baik dan amat memahami...

Ibu mertuaku yang tersayang
Selamat Hari Ibu juga buat semua ibu-ibu, semoga kita akan terus menjadi yang terbaik untuk anak-anak dan keluarga kita.....