Pengunjung setia

Monday, April 4, 2011

Malang Tidak Berbau....

Entry kali ni memang buat ibu sedih sangat... sebagai seorang ibu bila tengok anaknya demam pun dah susah hati nikan pula bila tengoh darah anak mengalir... terkejut, sedih dan macam-macam perasaan... Kisah Abang Long... semalam lebih kurang pukul 5.30petang... abang long menangis "ibu tolong abang, muka abang berdarah" ibu masa tu tengah temankan Adam tidur... ibu bingkas bangun nak lihat apa yang dah jadi kat anak ibu ni..."Astaqfirullah... apa dah jadi ni... macam mana jadi cam ni... Abang jom gi hospital" kalut ibu jadinye ... sambil ibu ambil kain lampin Adam dalam almari terus tekup luka kat kening abang long...."Abang tak nak gi hospital bu...tak nak bu...tak nak bu...." sambil menangis... jenuh ibu nak pujuk abang long... Abang Long memang trauma sikit kalau bab-bab kena pegi klinik ke hospital ke... 

Nak tau macam mana jadi cam ni... Kisahnye... Abang Long ngan Abang Ngah tengah main gasing ngan kawan2 dia... memang lah di peringkat budak nak membesar ni memang suka bermain... nak kurung dia dalam rumah pun tak bolehlahkan, terbantut pulak perkembangan anak ibu ni...Sorang budak pompuan ni namanye NABILA... telah dengan sengajanya menolak belakang Abang Long dan terhantuk di bucu dinding... Budak-budak yang bermain dengan Abang Long pun cakap "Nabila yang tolak Danial mak cik , kita orang tengah main gasing, dia datang tolak Danial"  "Danial ada kacau dia tak" ibu tanya lagi.  "tak ada, kita orang tengah main ni, dia yang tolak Danial" habis tu apa lagi... apa masalah budak ni....memang dah lama dah budak ni ibu perhatikan....memang suka buli orang.... tak padan ngan budak pompuan... besar nanti macam mana lah... mana tak nya yang dia pergi gatal-gatal tolak Abang Long tu pasal apa... orang tak kacau pun dia.... saja suka-suka nak tolak orang... eeeeeee geram ibu ngan budak ni... tu lah anak orang nak buat cam ner tak kan nak hantuk kepala dia kat dinding pulak...pegi tolong ajar mak bapak dia lah.... Yang ibu hairan ni bapak dia boleh tak tau apa anak dia buat... padahal mak dia dah tau... bila pegi umah dia bapak dia boleh cakap "ooo ya ke saya tak tau..." lah mak bapak jenis apa ni tak ambil kisah apa yang anak dia dah buat... tak tau macam mana nak cakap...
Ibu selalu berpesan pada anak-anak ibu... kalau bermain tu main elok-elok, jangan buat orang, ibu tau macam mana anak-anak ibu.... Itulah pepatah melayu  "MALANG TIDAL BERBAU"...

Abah bawa Abang Long gi GH. Abang Long kena suntik ubat untuk elakkan sawan dan nurse cuci luka dulu sebelum jumpa doktor. Luka disebelah kanan kening Abang Long menyebabkan Abang Long kena x-ray dan kena 6 jahitan... dah tak hensemlah anak ibu nikan, dah berparutlah kat kening abang tu.... kesian Abang Long... ibu yang masuk temankan Abang Long masa jahit tu... Aduh ibu dapat rasakan kesakitan Abang Long masa doktor nak cuci dan jahit luka Abang Long tu... Memang hancur luluh hati ibu ni... Tapi sebelum kena jahit tu, masa tengah tunggu, Abang Long sempat tanya ibu... (apa yang terlintas difikiran Abang Long ya?)... Abang tanya ibu "Ibu, doktor jahit guna apa" ibu jawab "doktor jahit guna tanganlah tak kan guna kaki kot.. Napa Abang Long tanya?"  sambil senyum, saja nak usik Abang Long. "tak dalah, abang ingat doktor jahit dengan mesin" pulak.....  ibu tanya lagi "Mesin macam ibu jahit kain tu ke?"  abang Long angguk "ibu nanti sakit, abang takut" ... "tak adalah, sikit aje doktor jahit tu nanti abang tak rasa sakit sangat sebab doktor akan bagi ubat tahan sakit, ibukan ada, nanti ibu temakan abang?" Nasib baik jugaklah Abang Long boleh tahan, tengok air muka Abang Long, ibu terasa sayu, titisan air mata ibu tak sama dengan rasa sakit yang Abang Long rasai. Ibu temankan Abang Long sehingga selesai doktor jahit luka Abang Long...

Doktor kasi Abang Long MC 5 hari... dah tertinggal dah pelajaran Abang Long seminggu... minggu depan 10/4 nak kena gi  klinik nak bawa Abang Long buka jahitan tu... Semoga Abang Long cepat sembuh dan boleh pergi sekolah macam biasa...

P/s : Zaman sekarang ni bahaya ada di mana-mana, kat dalam rumah ke kat luar rumah ke sama aje. Ibu cakap cam ni sebab masa kat GH semalam macam-macam kisah... ada dua orang budak lelaki seorang ni baru umur 1 tahun 5 bulan, luka kat dahi, (kena jahit jugak 3 jahitan), sebab terlangar sportrim kereta bapa dia masa kejar sekor kucing, kucing tu lari masuk bawah kereta dan budak ni tadi kejarlah kucing tu. tut-tut terciumlah dahinya dengan sportrim tayar kereta...Yang seorang lagi, budak ni panjat-panjat dalam rumah aje.. Malang Tak Berbau terjatuh dan luka di atas bibir, panjang jugak lukanya, dah kena tahan kat waad. nak kena jahit jugak tu. Apabila dah jadi cam ni... nak salahkan siapa? susahkan...tak boleh nak salahkan takdir, semua adalah ketentuannya.... segala yang baik datang dari Nya, Yang  salah dan silap tu, pastinya dari diri kita sendiri...cuba selidik balik ... Yang penting kita perlu sentiasa berhati-hati, tidak kira di mana jua kita berada... renung-renungkan dan selamat beramal.................. 

 






1 comment:

  1. Ya Allah..besarnya luka dia...kesian abang long kan...

    Saya pon kalau bab anak2 luka berdarah..mula kelam kabut..mahu nangis dibuatnya..

    ReplyDelete