Pengunjung setia

Thursday, May 19, 2011

Kek Batik ...

Assalammualaikum....

Sebenarnya niat hati nak buat kek batik ni pada hari Selasa lepas... bahan-bahan pun dah beli... tapi dapur pulak yang rosak tak mau hidup... gas baru beli seminggu yang lepas... ingatkan bateri dia yang kong... belilah bateri baru... tukar ... tak mau idup jugak dapur ni... masib baiklah tu en. suami tercinta ni offer beli dapur baru... dapur yang lama ni repair kemudianlah... Semalam, sebelum tidur, saya pun beroperasilah buat kek batik ni... ikut kan dah 3 kali buat dalam bulan ni... Anak-anak dan saya sendiri pun gemar ngan kek yang simpel ni...  Bawa gi office, member-member pun suka... So terasa pulak nak syer resepi tu kat sini... Macam-macam cara orang buat kek batik ni... Jom kongsi resepi dengan saya, bolehlah buat kudapan diwaktu petang...

Kek Batik yang menjadi kegemaran anak-anak ku... (sorry le PIC ni gelap sikit)


Bahan-bahan :
1 cawan air
2 cawan milo
1/2 butter
1/2 cawan susu pekat
2 biji telor
dan semestinya 1 1/2 peket biskut marrie 

Cara-cara membuatnya:
1. Masukkan air, milo ke dalam kuali. Kacau hingga sebati. Masukan butter dan susu pekat. Kacau lagi sehingga sebati.
2. Masukkan telur ke dalam bancuhan dan kacau lagi dengan api perlahan... 
3. Kemudian masukkan biskut marrie yang telah dipatah-patahkan. Kacau sekejap sehingga bersalut semua biskut tadi.
4. Akhir sekali, masukkan kedalam loyang atau bekas plastik. Tekan-tekan bancuhan tadi supaya padat dan sejukkan di dalam peti sejuk.
Ha, mudah bukan, selamat mencuba....

4 comments:

  1. macam nama artis la..

    ida tempek resepi kek batik dkt blog ida ok. dah kasi credit. kalau tak boleh, let me know.

    www.ceriterakami.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. sedapnya lama tak buat kek ni, masa first buat dulu masa darjah 5, pastu slalu buat sendirik, mak pon malas nk layan hehehe..

    ReplyDelete