Pengunjung setia

Thursday, May 30, 2013

Jalan-jalan di Zoo Negara.

Assalamualaikum,

Dah lama tak bawa anak-anak jalan-jalan di Zoo Negara, rasanya dah hampir 5 tahun juga. Last pergi Zoo masa abang Ngah umur 3 tahun dan sekarang ni abang ngah dah 8 tahun. emmm lama tu. Ada banyak perubahan, tapi belum siap lagi masih dalam kerja-kerja pembinaan. Lepas ni kalau dah siap sepenuhnya harap-harap ianya lebih menarik. Harga tiket pun dah berubah untuk dewasa RM30.00 dan kanak-kanak RM6.00. Harga ni untuk yang ada MyKad n MyKid ya... Kalau tak lain harganya. Seronok bila tengak keterujaan anak-anak. Oklah dapat belajar mengenal haiwan-haiwan ya... ni asyik tengok kucing aje... Tengok kat dalam TV tak sama dengan yang real... Oklah kita layan gambar ajelah kan sebelum tu nak cerita sikit pasal Zoo ni...

Masa dibuka dan Harga tiket
"Zoo Negara Malaysia, diuruskan oleh Persatuan Zoologi Malaysia, sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang ditubuhkan untuk mewujudkan zoo tempatan pertama bagi rakyat Malaysia. Zoo Negara telah dibuka dengan rasminya pada 14 November 1963 dan telah  menjadi sebuah zoo yang terkenal di seluruh dunia. Mempunyai sejumlah lebih 5137 spesimen daripada 476 spesies mamalia, burung, reptilia, amfibia dan ikan. Zoo Negara merangkumi 110 ekar tanah yang terletak hanya 5 km dari bandar Kuala Lumpur. Selama bertahun-tahun, zoo telah mengubah dirinya kepada satu konsep zoo terbuka dengan lebih 90% daripada haiwan yang disimpan dalam pameran yang luas dengan landskap bersesuaian dengan sifatnya. Sedang berusaha dalam memastikan bahawa konsep zoo lama berubah sepenuhnya." (dipetik dari www.zoonegaramalaysia.my/‎ )

Sekian terima kasih... hihihihhh, oklah tu kan. 


Show times : Daily: 11.00 am & 3.00 pm / 3.30 pm (Friday) . Abang ngah ngan burung kak tua.
Tram Rides
ADULT
CHILDREN
With
Mykad
Without
Mykad
With
Mykad
Without
Mykad
RM3.00
RM6.00
RM2.00
RM4.00

Muka sebelum masuk...
Dikerumuni oleh Burung Botak Upeh... dimaklumkan ada lebih kurang 700 ekor ... banyakkan....
Senyum tak perlu kata apa-apa......
Abah & puteri kesayangan
Muka takut... eeee gajah kat belakang tuuu...
Ha dah penat ya... muka pun monyok aje ni... tapi ibu ngan abah masih boleh tersenyum ma....
Abang Ngah yang sempoi...
Alahai sukanya dia... cer kalau binatang tu hidup... mau cabut lari....
Tertidur setelah kepenatan...
 
p/s : Mesti tertanya-tanyakan mana abang long... Abang long tak ikut sebab dia tak der kat rumah... Cuti sekolah ni biasalah dok kat umah atoklah kan... masa nak pergi ni pun tak plan... call abang long, nak ajak sekali, emmmm dia dah pergi Sepang ikut Atok dia, jadi on ajerlah... sian dia kena tinggal.... Lain kali lah abang long ya....










1 comment: