Pengunjung setia

Wednesday, April 27, 2011

Adam dah botak

 Ibu lupa nak uploadkan gambar terbaru Adam untuk dikongsikan bersama... Adam dah potong rambut... ini kali kedua adam potong rambut selepas Adam bercukur semasa umur Adam sebulan... ha amacam... hensem tak boboy ibu ni.... abg long ngan abg ngah pun potong rambut gak.... dah semuanya botak.... tapi taklah sampai licin ya.... 

 Adam sebelum potong rambut


Cak... saya dah botak, hensem tak....

Tuesday, April 26, 2011

Terkenang cinta hati ibu

Dingin sungguh petang ni... kat luar sana hujan masih turun ... agak lebat juga hujan hari ini... ha... jangan banjir sudahlah... biasalah nikan KL. Kalau hujan lebih sejam aje dah banjir .... Tetiba terkenang pulak kat cinta hati ibu...Abang Long balik sekolah ni mesti redah hujan...  dia ni bukan nya nak tunggu sampai hujan berhenti... main redah aje... mesti lencun tu... Abang Ngah pulak ibu rasa mesti tengah syok tidor... maklumlah hujan-hujan ni tak dapat nak main kat luar... apa lagi kalau tak ada orang ganggu, tidor ajelah kan... Adam pulak biasanya time-time cam ni tengah tunggu ibu kat luar dengan mak tok nye... ambil angin petang tapi hari ni hujan semua tak boleh keluar... ha... tidor jugak kot....Kan best kalau masa ni dah sampai kat rumah... yalah minggu nikan kena stay... kena balik lambat sbb kerja melambak-lambak... Tak apalah sabar ya cinta hati ibu... mesti anak-anak ibu ni tengah rindu kat ibu sbb ibu rasa sangat-sangat rindu dan teringatkan kamu-kamu semua..... Sayang Ibu untuk Cinta Hati Ibu...Muahhhhhhh.....

Monday, April 25, 2011

Sabar untuk saya...

Entry ni...tak begitu menarik sebenarnya...tapi saya nak luahkan rasa hati ni... bosannye hari ni... tension pun ade?... kenapa ya? mungkin sebab hari ni hari Isnin? tapi kenapa ye nak salahkan hari Isnin, sian dia...mungkin juga kan... tapi yang sebenarnya... tersangatlah bosan dan tension sebab kerja dah bertambah dan terasa pulak bebanannya... ni gara-gara RMK kah atau ada faktor lain... biarlah rahsia... tambahan pulak sistem pun KO dari minggu lepas.... adoi poning da.... apa-apa pun saya perlu sabar dan harus sentiasa sabar dan tekun lagi... kalau tak sapa nak buat kerja saya nikan... minggu ni pun bakal buat saya balik lewat... siannya anak ibu.... Mesti Adam sedih tunggu ibu lambat balik... Adam nak bak bak lah ibu... lepas ambil anak-anak, Abang long ngan abang Ngah nak pergi menggaji selepas solat maghrib... nasib baiklah anak-anak duduk ngan mak... taklah risau sangat.
Oklah... nak sambung buat kerja ni.... nanti terlepas date line pulakkan...  tapi sebelum tu... pesanan ringkas yang dipetik dari kata-kata teman saya untuk kita renungan bersama-sama....

"Kepada kita yang sedang diuji... yang telah diuji dan yang belum diuji... sedarilah bahawa kita tidak hidup hanya dalam batasan hari ini saja... maka akan celaru fikiran kita... akan kacau semua urusan... dan akan semakin menggunung kesedihan... maka jadikan ia sesuatu yang baik dan aman... kerana yang pasti kita akan pergi buat selama-lamanya"

Selamat datang....

Selesai sudah majlis bertandang pengantin perempuan, ish... ish... ish... boleh tahan lah jugak dengan jemputan... alhamdulillah majlis berlansung dengan lancar walaupun selepas majlis... hujanlah pulak ...emmm hujan rahmat tu... kalau nak tahu... setiap kali buat kenduri, selepas selesai majlis... mesti hujan ...Tema kali ni coklat ngan  gold,  Menu untuk santapan tetamu, nasi hujan panas, nasi putih, ayam masak merah, dalca, rendang daging, pajeri nanas, ikan masin, ulam-ulaman, sambal belacan, dan bubur kacang hijau + durian serta kuih koci sebagai pencuci mulut... tulah nasi hujan panas kan dah hujan ribut  hehehe....... Kisah anak-anak ibu... rajinnya abang long ngan abang ngah ni....bolehlah diharapkan... dia pun sibuk jugak... sibuk main air ke sibuk basuh pinggan nie?.... Adam pula asyik nak berdukung aje ngan ibu... tak nak duduk... agaknya Adam takut tengok orang ramai sangat...  Majlis ni time dia sama dengan even yang Sarakids buat  ... tulah tak dapat nak join tu... tak apalah yang penting semuanya berjln dengan lancar dan selamat....

P/s : Buat Adik Iparku tersayang... Diucapkan selamat datang keteratak kami... bukan itu aje Selamat Datang ke dalam Keluarga besar Kami .... Semoga bertambah berseri dan gumbira dengan kehadiran ahli baru dalam melayari kehidupan kita sekeluarga.....

Tuesday, April 19, 2011

Rindu Kenangan Lalu...

Semalam ibu ngan abang long tonton drama bersiri Gemilang episod kemuncak... ditayangkan di slot Aksi TV3, Ibu suka menonton drama ni... memang best, kisah-kisah yang digarapkan memang menarik dan yang pentingnya membawa mesej buat penonton... 

Dipetik dari harian Metro keluaran 27 Jan 2011, 

Gemilang adalah kisah benar yang berlaku di Negeri Cik Siti Wan Kembang mengenai perjuangan seorang anak muda yang bercita-cita besar. Dia ingin mengubah nasibnya sendiri, keluarga dan anak bangsa di kampung."Gemilang adalah cerita seorang guru di Kelantan iaitu ayah mentua saya sendiri (ayah Mira Mustapha). Dia sudah meninggal dunia, namun kisah perjuangannya patut menjadi teladan kepada anak muda zaman sekarang. Shahz diberi tanggungjawab memegang wataknya iaitu sebagai Cikgu Saifullah.

"Saifullah berasal daripada keluarga penoreh getah yang sangat susah apabila dunianya berlegar sekitar ladang getah pada 1960-an. Saifullah ada tiga lagi adik. Ketika mereka empat beradik itu masih kecil, ibu mereka sudah meninggal dunia."Tidak lama kemudian ayah mereka pula menyusul menyebabkan mereka adik beradik terpaksa berpisah kerana diberikan kepada keluarga angkat. Saifullah menjadi anak angkat keluarga berada tetapi dia tidak pernah melupakan asal-usulnya.
"Watak Saifullah adalah seorang yang cekal, tabah dan kuat. Meningkat remaja, Saifullah menjadikan gurunya, Cikgu Talib (Datuk Jalaluddin Hassan) sebagai mentornya. 

"Apabila dewasa, Saifullah berjaya menyambung pelajaran dan selepas tamat pengajian dia bekerja di bank di bandar. Bagaimanapun hatinya meronta untuk kembali ke kampung halaman bagi menabur bakti kepada penduduk di sana. Dengan semangat meluap, Saifullah menubuhkan sekolah swasta yang dinamakan Institut Gemilang," katanya.Matlamat Saifullah sangat mudah iaitu untuk mengubah nasib remaja yang gagal dalam pelajaran tetapi perjalanannya belum pasti. Institut Gemilang dibuka untuk memberi peluang kedua kepada pelajarnya. Mereka yang gagal atau yang tidak dapat menduduki peperiksaan MCE dan HSC amat dialu-alukan di sekolah itu. Niat baik Saifullah menubuhkan Institut Gemilang turut disokong bekas rakan sekolejnya, Umar (Kamal Adli), Asma (Tiz Zaqyah) dan Ruhana (Tasha Shilla). Mereka semua adalah guru perintis di institut itu.

Gemilang berjaya mencuit hati ibu... terkenang kisah zaman sekolah... emosionallah pulak ibu ni, sebak, memang benar jasa dan pengorbanan seorang guru itu tidak ternilai...  berbekalkan kecekalan, semagat juang yang tinggi dan kesungguhan dalam mendidik anak bangsa... Dan ibu terkenangkan zaman persekolahan ibu... teringat kat cikgu-cikgu yang mengajar ibu... antaranya Cikgu Suzana, Cikgu Ghani, Cikgu Hanim dan ramai lagilah... 


Daripada kisah Gemilang ni... akhirnya semua pelajar institut tu lulus penuh... ha lepas tu di akhir cerita ditunjukkan di mana pelajar-pelajar tadi, berjaya dalam kehidupan masing-masing... Kerana apa? Kerana ilmu.... ya kerana ilmu....Sambil-sambil tu ibu berilah sedikit nasihat berguna buat anak ibu ni, bahawa ilmu itu penting... jadi kenalah rajin belajar supaya dapat jadi orang yang berguna dikemudian hari... Kalau nak berjaya kena ada ilmu... ilmu tu tak datang sendiri... Jadi kita kenalah berusaha mencarinya... betul tak? 

Pagi ni pulak bila ibu buka FB, ada yang menarik, video tentang sekolah ibu dan ada gambar-gambar teman seperjuangan, hasil karya teman ibu Norazila yang diuploadkan kat FB, ibu terkenangkan zaman persekolahan ibu... Rindu sangat zaman persekolahan... betullah kata orang, sampai suatu masa kita akan rasa nak balik ke zaman persekolahan... boleh ke... tak apalah semua saat suka duka akan sentiasa dalam lipatan memori ibu...


p/s: Pesanan buat anak-anak ibu "Belajarlah rajin-rajin, carilah ilmu sehingga keakhir nafas... tanpa ilmu hidup akan kosong... seimbangkanlah ilmu dunia dan akhirat... agar hidup kita sentiasa dirahmati...."

Friday, April 8, 2011

Perkembangan Adam pada usia 10 bulan...

Adam tengah belajar berdiri sendiri tanpa bantuan... semalam ibu teruja tengok Adam dah cuba angkat kaki 2 atau 3 langkah mara kehadapan... wah, cepat juga perkembangan Adam sama seperti abang-abangnya yang lain... Abang Long ngan Abang Ngah mula berjalan pun pada umur 11 bulan.... Pertumbuhan gigi Adam pun ok gigi atas ada 2 batang dan dah nampak nak tumbuh lagi 2 batang, gigi bawah pula 2 batang. Ha... Hari ni badan Adam dedar sikit,  demam... mungkin sebab beralih bulan... 10 April 2011 ni Adam 11 bulan... Hai terasa cepat masa berlalu... sebulan lagi Adam cukup setahun.... dan bertambah jugalah umur ibukan... Ha kalau nak tahu... birthday ibu ngan Adam dalam bulan yang sama iaitu bulan MEI... nanti boleh celebrate sama-samakan... meriah sikit... ibu nak tumpang glamour Adam ya...

p/s: Apa-apa pun ibu bersyukur sebab Adam masih menyusu ibu, walaupun kadang kala production ibu merudum... tapi ibu akan terus berusaha supaya ibu dapat susukan Adam sehingga Adam berumur 2 tahun... Mudah-mudahan Allah mempermudahkan perjuangan penyusuan ibu untuk Adam tersayang, Amin...


Thursday, April 7, 2011

Terkilan sudah...

Oh tidak.... ibu rasa terkilan sangat sebab tak dapatlah nak join Breastfeeding Gathering 2011 with Malaysia Book of Records yang di anjurkan oleh SARAKIDS tu... Ibu benar-benar terlupa yang tarikh Majlis Bertandang Pak Uda jatuh hari yang sama 24/4/2011 sebab keterujaan dengan even tersebut. Majlis Bertandang ni kat umah Mak dah tentu-tentulah ibu terlibat samakan... ibu benar benar terlupa, sorry yek... semalam masa Ayah ngan Mak cakap pasal sewa kanopi, catering lah baru teringat tarikh nya sama ngan tarikh Breastfeeding Gathering tu.... ibu pun dah bagi tau Along ngan Angah pasal aktiviti kat program tu (siap tunjuk pic yang Farah uploadkan)... pasti anak-anak ibu frust kan... macam mana nak cakap kat dia orang nie... Nanti cuma dapat tengok pic yang Farah akan upload kat SARAKIDS lah... terlepaslah lagi...Tak apalah kita enjoi kat umah Mak Tok ajelah ya....
P/s :  Farah, 2nd Sarakids Open Day tahun ni tak dapat nak join ,  harap-harap akan datang ade lagi even cam nie dan hopefully dapat join.. huhuhu.....

Wednesday, April 6, 2011

Update : Breastfeeding gathering 2011 with Malaysia Book of Records

Tempat baru ni......... sesuai untuk anak-anak ibu ni... mesti dia orang suka punya... tapi baru teringat kan Abang Long yang tengah berpantang.... berpantang dari beraktiviti lasak... tapi ibu tersangat teruja nak pergi ni.... insyaallah semoga mata anak ibu cepat baik... sekarang ni matanya tengah bengkak, dah jadi sepet sebelah.... tengah kuarantin kat umah Mak Tok nya... harap-harap oklah, lagi 2 minggu even ni, kat sini ibu sertakan sekali update terkini daripada Pn. Farah Farhan- http://www.sarakids.com.blog/


UPDATE:


1) Tarikh: 24 APRIL 2011

2) Tempat:
Kelab Rekreasi Dan Berkuda Denai Alam, Selangor
Denai Alam Recreation & Riding Club, Selangor (DARC)
No.1 Jalan Elektron U16/100, Denai Alam, 40160, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan


3) Waktu: 10.00 pagi – 2.30 petang

4) Aturcara:

9.00am            Arrival of Participants (Served with Nutri 99)
 

9.45am            Arrival of VIPs
 

10.00am        Welcome Greetings by MC
 

10.10am        Negaraku
 

10.15am        Opening Speech by VIP & Signing of “I support breast feeding”
 

10.25am        Launching of Modu Breast Pump – With Video
 

10.30am        Speech by Mr. Saiful on Modu Breast Pump
 

10.45am        Launching of Nutri 99 (Ms. Farah as the ambassador)
 

10.50am        Speech by CEO on Nutri 99
 

11.05am         Photo Session (VIP, CEO, Farah & Saiful) / Press Conference
 

11.35am        Song Performance / Group Singing (Breastfeeding Song)
 

11.50am        Malaysia Book of Record for 300 mothers breastfeeding
 

12.10pm        Breastfeeding fashion show, babywearing & cloth diaper demo
 

12.30pm        Breastfeeding Thoughts
 

1.00pm        Group photography session
 

1.15pm        Lunch and fellowship (Lucky draw) + Shopping at Bazaar + show
 

2.30pm        End


NOTA:

1) Jangan bimbang tentang anak-anak. Pelbagai aktiviti (joyride) dan games for kids disediakan di sana!

2) Tempat di DARC adalah sangat santai dan jangan bimbang tentang anak-anak panas (Kipas berhawa dingin) di sediakan dan semua aktiviti berbumbung

3) acara Red Indian show, Fire eater dan band show akan disajikan kepada ibu2 pada waktu makan dan pasti, ini amat menggembirakan kita satu keluarga

4) Tema pada hari tersebut:

IBU: PINK

AYAH: HITAM

ANAK-ANAK: MERAH

*Wartawan dari semua akhbar, majalah Pa & Ma, TV9, TV3  akan menghadirkan diri, InsyaAllah.
Setakat ini, sebanyak 13 booth telah mendaftar untuk membuat jualan pada hari tersebut. tempat masih terbuka, dan mini bazaar menunggu anda. Setiap 1% dari hasil jualan akan didermakan ke Rumah Amal Kasih Bestari.
Anda berpeluang melihat 20++ kuda yang gagah perkasa dari seluruh dunia dan i bet, anda tak pernah lihat kuda setangkas itu
Artis, VIP yang akan bersama kita pada hari itu? Tunggu
BAGAIMANA MENYERTAI:
Untuk pendaftaran, sila email ke ina@sarakids.com atau nurul@sarakids.com atau telefon 03-78475369. Borang penyertaan akan diberi kepada anda Sila nyatakan bilangan ahli keluarga yang hadir bagi tujuan keselamatan dan makanan.
Pembayaran adalah Rm 50 untuk satu keluarga. (makanan disediakan dari pagi-tgh hari)

* Utk yang tidak membuat bayaran tetapi masih mahu memeriahkan majlis, anda dipersilakan, jom datang ramai2 Cuma kupon makanan akan disediakan utk keluarga yang mendaftar dan membuat bayaran.

* Untuk usahawan, sebanyak 20 booth akan disediakan bagi tujuan perniagaan. 1% daripada hasil jualan akan didermakan pada Rumah anak Yatim. Untuk pendaftaran, sila email pada ain@sarakids.com

P/s : Aktiviti yang sangat sesuai untuk seisi keluarga... insyaallah tak akan lepaskan peluang ni....

Monday, April 4, 2011

Malang Tidak Berbau....

Entry kali ni memang buat ibu sedih sangat... sebagai seorang ibu bila tengok anaknya demam pun dah susah hati nikan pula bila tengoh darah anak mengalir... terkejut, sedih dan macam-macam perasaan... Kisah Abang Long... semalam lebih kurang pukul 5.30petang... abang long menangis "ibu tolong abang, muka abang berdarah" ibu masa tu tengah temankan Adam tidur... ibu bingkas bangun nak lihat apa yang dah jadi kat anak ibu ni..."Astaqfirullah... apa dah jadi ni... macam mana jadi cam ni... Abang jom gi hospital" kalut ibu jadinye ... sambil ibu ambil kain lampin Adam dalam almari terus tekup luka kat kening abang long...."Abang tak nak gi hospital bu...tak nak bu...tak nak bu...." sambil menangis... jenuh ibu nak pujuk abang long... Abang Long memang trauma sikit kalau bab-bab kena pegi klinik ke hospital ke... 

Nak tau macam mana jadi cam ni... Kisahnye... Abang Long ngan Abang Ngah tengah main gasing ngan kawan2 dia... memang lah di peringkat budak nak membesar ni memang suka bermain... nak kurung dia dalam rumah pun tak bolehlahkan, terbantut pulak perkembangan anak ibu ni...Sorang budak pompuan ni namanye NABILA... telah dengan sengajanya menolak belakang Abang Long dan terhantuk di bucu dinding... Budak-budak yang bermain dengan Abang Long pun cakap "Nabila yang tolak Danial mak cik , kita orang tengah main gasing, dia datang tolak Danial"  "Danial ada kacau dia tak" ibu tanya lagi.  "tak ada, kita orang tengah main ni, dia yang tolak Danial" habis tu apa lagi... apa masalah budak ni....memang dah lama dah budak ni ibu perhatikan....memang suka buli orang.... tak padan ngan budak pompuan... besar nanti macam mana lah... mana tak nya yang dia pergi gatal-gatal tolak Abang Long tu pasal apa... orang tak kacau pun dia.... saja suka-suka nak tolak orang... eeeeeee geram ibu ngan budak ni... tu lah anak orang nak buat cam ner tak kan nak hantuk kepala dia kat dinding pulak...pegi tolong ajar mak bapak dia lah.... Yang ibu hairan ni bapak dia boleh tak tau apa anak dia buat... padahal mak dia dah tau... bila pegi umah dia bapak dia boleh cakap "ooo ya ke saya tak tau..." lah mak bapak jenis apa ni tak ambil kisah apa yang anak dia dah buat... tak tau macam mana nak cakap...
Ibu selalu berpesan pada anak-anak ibu... kalau bermain tu main elok-elok, jangan buat orang, ibu tau macam mana anak-anak ibu.... Itulah pepatah melayu  "MALANG TIDAL BERBAU"...

Abah bawa Abang Long gi GH. Abang Long kena suntik ubat untuk elakkan sawan dan nurse cuci luka dulu sebelum jumpa doktor. Luka disebelah kanan kening Abang Long menyebabkan Abang Long kena x-ray dan kena 6 jahitan... dah tak hensemlah anak ibu nikan, dah berparutlah kat kening abang tu.... kesian Abang Long... ibu yang masuk temankan Abang Long masa jahit tu... Aduh ibu dapat rasakan kesakitan Abang Long masa doktor nak cuci dan jahit luka Abang Long tu... Memang hancur luluh hati ibu ni... Tapi sebelum kena jahit tu, masa tengah tunggu, Abang Long sempat tanya ibu... (apa yang terlintas difikiran Abang Long ya?)... Abang tanya ibu "Ibu, doktor jahit guna apa" ibu jawab "doktor jahit guna tanganlah tak kan guna kaki kot.. Napa Abang Long tanya?"  sambil senyum, saja nak usik Abang Long. "tak dalah, abang ingat doktor jahit dengan mesin" pulak.....  ibu tanya lagi "Mesin macam ibu jahit kain tu ke?"  abang Long angguk "ibu nanti sakit, abang takut" ... "tak adalah, sikit aje doktor jahit tu nanti abang tak rasa sakit sangat sebab doktor akan bagi ubat tahan sakit, ibukan ada, nanti ibu temakan abang?" Nasib baik jugaklah Abang Long boleh tahan, tengok air muka Abang Long, ibu terasa sayu, titisan air mata ibu tak sama dengan rasa sakit yang Abang Long rasai. Ibu temankan Abang Long sehingga selesai doktor jahit luka Abang Long...

Doktor kasi Abang Long MC 5 hari... dah tertinggal dah pelajaran Abang Long seminggu... minggu depan 10/4 nak kena gi  klinik nak bawa Abang Long buka jahitan tu... Semoga Abang Long cepat sembuh dan boleh pergi sekolah macam biasa...

P/s : Zaman sekarang ni bahaya ada di mana-mana, kat dalam rumah ke kat luar rumah ke sama aje. Ibu cakap cam ni sebab masa kat GH semalam macam-macam kisah... ada dua orang budak lelaki seorang ni baru umur 1 tahun 5 bulan, luka kat dahi, (kena jahit jugak 3 jahitan), sebab terlangar sportrim kereta bapa dia masa kejar sekor kucing, kucing tu lari masuk bawah kereta dan budak ni tadi kejarlah kucing tu. tut-tut terciumlah dahinya dengan sportrim tayar kereta...Yang seorang lagi, budak ni panjat-panjat dalam rumah aje.. Malang Tak Berbau terjatuh dan luka di atas bibir, panjang jugak lukanya, dah kena tahan kat waad. nak kena jahit jugak tu. Apabila dah jadi cam ni... nak salahkan siapa? susahkan...tak boleh nak salahkan takdir, semua adalah ketentuannya.... segala yang baik datang dari Nya, Yang  salah dan silap tu, pastinya dari diri kita sendiri...cuba selidik balik ... Yang penting kita perlu sentiasa berhati-hati, tidak kira di mana jua kita berada... renung-renungkan dan selamat beramal.................. 

 






Saturday, April 2, 2011

"Selamat Pengantin Baru Deq Zam ngan Aya; dan Ja ngan Nazar"

Entry ni dah lambat sangat sepatut nya ibu upload entry ni bulan lepas... tak apalahkan... untuk kenangan bersama nanti...

Persiapan Majlis... ha... nak lari dari musim tengkujuh, kat Kelantan ni... kena jugak time hujan... macam musim tengkujuhlah... dari hari Jumaat (11/3/2011) dari KL ke Kelantan... hujan...sampailah hari Selasa (15/3/2011) hujan... sian diorang kena berarak time-time hujan ni... eeee sejuk.....hehehe jangan mare.... teringat time ibu nikah ngan en suami tercinta... time hujan jugak.... Memori indah terpahat diingatan... senyum sorang-sorang yek..... :D

Seronok sangat sebab dapat berkumpul jumpa ngan sedara mara.... cuma Angah aje yang tak ada sebab dia tak dapat cuti... Angah baru aje dapat kerja kat tempat baru so tak dapat cutilah... Sepupu ibu  Rohsenisal atau nama manjanya Ja, Alhamdulillah dah bertemu jodoh...  dia nikah hari Sabtu (12/3/2011) lepas Zohor, majlis persandingan hari Ahad. Hari Selasa (15/3/2011) pulak majlis pernikahan dan persandingan adik ibu Pak Uda.

Alkisahnya Abang Long sibuk kat kampung main basikal kat Umah Tok Ayah...pusing kampung seronoklah tu dapat tanah... abang Ngah pulak lebih suka ikut ibu... lepak kat umah Tok Wan.... main ngan anak-anak sepupu ibu anak-anak kak wani ngan kak na... Si cilik adam lak apa lagi masa mula-mula tu asyik nak beriba aje takut.... mungkin suasana baru baginye... lama-lama ok aje dok main bola ngan tok ayah... tok ayah ngan Cik Suenyelah yang kena mengasuh adam time-time ibu tengah sibuk ni.... ibu pulak memang sibut bangat maklumlah semua kerja-kerja hantaran ni serah kat ibu... untuk hantaran sepupu ibu serba hijau berbalas ungu.... bagi hantaran adik kesayangan ibu ni serba pink... sweet sangat... berbalas jingga... wah.... wah... seronok tengok barang-barang hantaran dia orang ni....

Yang membuatkan ibu teruja satu lagi... adik ibu Cik Mah tengah pregnent nak masuk lapan bulan... ibu bakal dapat anak buah... eh seronoknye macam nak dapat anak sendiri... Adik ibu yang ni tinggal kat Kelantan, so bila balik kampung ajelah boleh jumpa kan....macam-macam ibu sembang ngan dia... bagi tip-tip berguna terutamanya bab-bab penyusuan susu ibu... sampaikan Pak Uda yang baru nak berumah tangga ni pun terpaksa dengar celoteh aku ni.... sebab masa tu dia jadi driver bawa kita orang gi KB. Oklah tu boleh belajarkan, ilmu tu berguna nanti...

Majlis Penikahan keempat-empat mempelai ni selamat berlangsung dengan lancarnya walaupun tengah musim-musim hujan ni.... apa-apa pun ibu nak ambil kesempatan ni nak ucapkan Selamat Pengantin Baru buat adik tersayang Deq Zam ngan Aya dan Sepupu tersayang Ja ngan pasangannya Nazar....

Sewaktu Majlis Akad Nikah... 
Mohd Zamri Mohd Daud & Nor Sufia Suraya 
Masjid Kampung La, Jerteh, Terengganu 
15/3/2011 @ Selasa jam 2.00petang.

Upacara membatalkan air sembahyah... 

Setelah selamat bergelar isteri... 
Kucupan kasih penuh hormat dari adinda buat kekanda tercinta... 
 
 Sewaktu Majlis Makan Beradap... Wah sedapnya udang panjat tu...

Bunga-bunga matahari
Indah mekar di taman sari
Warna JINGGA kuntuman hati
Bagai tanda CINTA bersemi....

Inilah Bonda tercinta... Kasih Mu IBU Kasih Sepanjang Hayat.... 

Ini pula Ayahda Tercinta....Hensem tak... hensemkan....


 Ini keluarga kecik ibu.... Abang Long ... mana ya?... 
ha dia ni payah sikit bila diajak bergambar...MIA ke mana ya...

Ini pula majlis Akad Nikah Sepupu ibu
Rohsenisal Abdul Rahman & Nazar
Masjid Kampung Laut, Palekbang, Kelantan
12/3/2011 @ Sabtu jam 2.00petang
Selamat Pengantin Baru Semoga berbahagia sehingga keakhir hayat.... 

Ja dan Mek  (mak saudara ibu)

 
Bahagia bila bersatu....



Friday, April 1, 2011

Breastfeeding gathering 2011 with Malaysia Book of Records

Tersangatlah teruja... tu dengar tajuknya pun dah buat ibu teruja sangat... insyaallah ibu tak akan lepaskan peluang ni... lepas baca atikel ni kat blog sarakids terus ibu call en. suami nak mintak green light... ummm nampaknya en. suami dah nyatakan kesanggupan untuk menemani ibu ke sana nanti... cuma tinggal nak daftar aje ni.... ibu pun nak ajak gak kawan-kawan ibu yang lain.... meraikan dan meramaikannya .... jumpa di sana. Maklumat daripada http://www.sarakids.com.blog/

Agenda dari pihak pengurusan program:
Breastfeeding gathering 2011 with Malaysia Book of Records
Date: 24 April 2011 (Sunday)

8.00 am Arrival of Participants (Served with Nutri 99)

8.30 am Arrival of VIPs

8.45 am Welcome Greetings by MC

8.50 am Negaraku

9.00 am Opening Speech by VIP

9.15 am Launching of Modu Breast Pump – With Video

9.30 am Speech by Mr. Saiful Azwan on Modu Breast Pump

9.40 am Launching of Nutri 99 (Ms. Farah as the ambassador)

9.50 am Speech by CEO on Nutri 99

10.00 am Photo Session (VIP, CEO, Farah & Saiful) / Press Conference

10.30 am Break

11.00 am Breastfeeding Song Performance

11.15 am Group Singing

11.20 am Malaysia Book of Record for 300 simultaneous baby breastfeeding & photosession

11.25 am Breastfeeding fashion show, babywearing & cloth diaper demo

1.00 pm Breastfeeding Seminar + Q&A

1.30 pm Lunch and fellowship (Lucky draw)

2.30pm Factory Visit (Optional) / Facial & Beauty Treatment (Optional)

3.00 pm Group photography session

3.30 pm End

Bertempat di:
Headquarters
Malaysia
Wisma CNI, No. 2
Jalan U1/17, Seksyen U1
Hicom Glenmarie Industrial Park
40000 Shah Alam Selangor, Malaysia

Utk anak-anak, aktiviti menarik di sediakan
Acara ini akan di update dari hari ke hari

Untuk pendaftaran, sila email ke ina@sarakids.com atau nurul@sarakids.com atau telefon 03-78475369 begin_of_the_skype_highlighting 03-78475369 end_of_the_skype_highlighting. Sila nyatakan bilangan ahli keluarga yang hadir bagi tujuan keselamatan dan makanan.

Pembayaran adalah Rm 50 untuk satu keluarga. (makanan disediakan dari pagi-ptg)

* Untuk usahawan, sebanyak 10 booth akan disediakan bagi tujuan perniagaan. 1% daripada hasil jualan akan didermakan pada Rumah anak Yatim. Untuk pendaftaran, sila email pada ain@sarakids.com

Untuk yang berminat menjadi penaja, sila email pada irma@sarakids.com dan cc kepada admin@sarakids.com
———————–
Jom, mari sama2 pecahkan rekod malaysia, menyusu secara serentak bersaksikan sesama kita Semoga dgn usaha ini akan meningkatkan kesedaran utk semua IBU di Malaysia. aminn…
* Saya difahamkan ada program The Great Cloth diaper change pd 23 hb tu, saya pun join program – so 2 hari kita beraktiviti  bersama2
Yang baru plan nak menyusu, yang sudah tak menyusu juga boleh join event ini – mari sama2 memberi semangat kepada ibu lain yang sedang menyusukan – kerana kita adalah saudara.
* Saya pasti, anda bakal menitiskan airmata tatkala menyanyikan lagu penyusuan yang dicipta khas oleh seorang komposer.
Nnti saya update lagi keterujaan ini!