Minggu lalu kami pergi bercuti ke Kuantan, Pahang... sambil-sambil kejemputan majlis perkahwinan rakan en. suami... Percutian yang tak dirancang... nak tau sebab apa saya cakap cam ni... sebabnya dah sampai kat sana baru nak cari hotel... punyalah susah nak dapat hotel... semua full... Mana tak nya masa tu Jom Heboh kat Kuantan dan cuti umum Labour Day pulak tu... mestilah ramai yang datang bercutikan kat situ... yang ada pun Classic Hotel... nasib baik ada... tapi keciklah sikit dengan kami yang 6 orang ni... nak buat cam ner nasib baik ada... abg long ngan abg ngah dah frust sebab tak dapat nak mandi kat swiming pool... nasib baik dia orang ni boleh dipujuk lagi...
Selepas balik dari kenduri Kahwin tu, kami ke Pantai Batu Hitam, apa lagi jom main air le... mandi-manda cari ketam, kulit siput le... abg long & abg ngah yg paling seronok sangat... tak kira dah panas ke ape... seronok sangat... en. suamilah peneman setia abg Long & abg Ngah ni...
Agak panas jugak cuaca kat sana... kesian Adam tak leh lah nak join ... sbb kecik lagi...
Malam tu pergi jugak lah kat Jom Heboh tu... Abang Long yang nak pergi sangat... singgah-ainggah ajelah sbb nak keluar makan kat Awana Seafood, makan ikan bakar....
Esoknya.... Adam pulak demam... agaknya perubahan cuaca... dah penat berjalan kot... Sian dia... So batallah program... kalau tak semasa nak balik KL nak singgah kat Gambang Water Park.... Actually dah pernah pergi kat water park ni... best jugak...Tu sebab lah nak pergi lagi...Tak apalah lain kali ajelah...
P/s: Seronok tengok anak-anak gumbira...
Jomlah Cik Su, nak gi sana tu ... nak main cam Abang Long ngan Abang Ngah... |
Alahai manjanya Adam dengan Cik Su nya.... dah tau dah.. mesti adam tengah bodek Cik Su kan |
Saya dah pandai jalan... Ibu nak ikut tak... jom jalan-jalan kat tepi pantai... |
Tekunnya Abang Long tengah cari ketam dan kulit siputlah tu. |
Tengok tu... dah dapat tangkap anak ketam... |
Nantilah kalau saya dah besar ibu pun tak boleh nak kejar saya... ibu... nak main air jugak.... |
Abg Long & Abg Ngah tengah layan cari ketam |
Majlis turut dihadiri oleh TYT Tun Datuk Seri Utama Mohd Khalil B Yaakob |
No comments:
Post a Comment