1 Mei, Biarpun agak terlewat, Saya nak ucapkan Selamat Hari Pekerja buat semua, Semoga semakin rajin dan tekun bekerja ... apa yang penting KERJASAMA...hehehehe...
Untuk Farah, 1 Mei juga Happy Anniversary semoga sentiasa berbahagia disamping cik abe tercinta dengan sicomel Rania tersayang...
Bukan itu aje... berita gembira juga buat family saya dengan kehadiran orang baru... ha saya dah dapat anak saudara tau...1 Mei jugak... namanya pun Muhammad Adam...adik saya ni memang berkenan sangat dengan nama tu... So sekarang ni mak dan ayah saya punya 4 orang cucu.... ha belum ada cucu perempuan tau semuanya hero-hero belaka.... tak apalah mudah -mudahan akan datang ke!!! kita tunggu adik saya yang baru melangsungkan perkahwinannya pula..
Tak lupa juga buat Baby Naufal AsSiddiQ Selamat Hari Lahir pada 11 Mei ini.... dah besar dah...macam tak percaya aje... itulah penangan susu ibu...Membesar Bagai Johan... Naufal ni baby yang baik...mana tak nya susah nak dengar suara dia masa kat wad di hospital hari tu... Macam Adam jugak tidor aje... kena inject pun tak nangis...
Hari Ibu pun jatuh pada bulan Mei juga...Buat semua ibu-ibu dan bakal ibu... Selamat Hari Ibu... Jasa dan pengorbananmu tiada ternilai... kasih ibu kasih sepanjang hayat .. Tahun ni apalah hadiah dari Abang Long... tahun lepas Abang Long bagi ibu bunga dan kad ucapan Selamat Hari Ibu... Masa tu ibu kad Hospital (nak bersalinkan Adam)... katanya bunga tu, beli kat sekolah dan kad tu Abang Long buat sendiri... Terima kasih ya sayang...
Tanggal 16 Mei juga adalah Sambutan Hari Guru... Teringat zaman sekolah-sekolah dahulu dan semasa saya jadi cikgu kat SK Bangsar tahun 2002-2003 (Guru Sandaran aje). Selamat Hari Guru buat semua guru-guru yang sentiasa berusaha dalam mendidik anak bangsa supaya menjadi insan yang berilmu dan berbudaya...
dan...
Akhir sekali 18 Mei, saya dilahirkan dibumi Allah SWT yang fana ini.....ha.. dah bertambah lagi umur saya... ummmmmm tak kan berkurang pulak kan... Apa pun saya bersyukur kehadrat Illahi kerana dengan limpah kurnia NYA, saya diberikan kesihatan yang berpanjangan dan dimurahkan rezeki untuk sentiasa mengingati NYA dan terus mengharungi kehidupan bersama cinta hati saya, keluarga dan teman-teman tersayang... amin....
No comments:
Post a Comment