tetiba ibu rasa nak upload lagu ni... ibu suka sangat ngan lagu ni... kadang2 sampai dok ulang-ulang lagu ni berulang2 kali... masa ibu tengah mengandungkan adik adam ibu selalu dengar lagu ni... mungkin karana setiap lirik dalam lagu ni menyentuh hati naluri ibu...tak apalah ibu harap kita sama-sama hayati setiap patah kata dalam lagu nasyid ni ya....teringat pula ibu pada ibunda yang ibu sangat kasihi...
Ibu,
bergenang air mataku
terbayang wajahmu yang redup sayu
kudusnya kasih yang engkau hamparkan
bagaikan laut yang tak bertepian
biarpun, kepahitan yang telah engkau rasakan
tidakpun kau merasa jemu
mengasuh dan mendidik kami semua anakmu
dari kecil hingga dewasa
hidupmu kau korbankan
biarpun dirimu telah terkorban
tak dapat kubalasi akan semua ini
semoga tuhan memberkati kehidupanmu ibu
ibu kau ampunilah dasaku
andainya pernah menghiris hatimu
restumu yang amatku harapkan
kerana disitu letak syurgaku
tabahnya melayani kenakalan anakmu
mengajarku erti kesabaran
kau bagai pelita dikala aku kegelapan
menyuluh jalan kehidupan
kasih sayangmu sungguh bernilai
itulah harta yang kau berikan
(ibu... dengarlah rintihan hatiku
untukmu ibu)
kasihanilah tuhan
ibu yang telah melahirkan diriku
bagaikan kasih ibu sewaktu kecilku
moga bahagia ibu didunia dan diakhirat sana...
moga bahagia ibu didunia dan diakhirat sana...
No comments:
Post a Comment