Pengunjung setia

Tuesday, February 22, 2011

Abg Long Exam

Hari ni Abg Long ada Exam . Subjek BM Penulisan dan Pemahaman, PJK, dan PS. Exam ni mula hari ni hingga hari Khamis. Ibu doakan semoga Abg Long dapat buat yang terbaik. Semalam Abg Long ada tanya ibu ngan abah... "Kalau Abg Long dapat markah 100 ibu nak kasi apa?" ibu tanya balik "Abg Long nak ibu kasi hadiah apa?" "Emmm Abg Long nak basikal besar yang rimm dia warna putih... " "Tak apalah kalau cam tu Abg Long kena usahalah, kena rajin baca buku, buat homework... baru boleh berjaya... "Abg Long pun jawap "OK ibu" Cam tulah lebih kurang nye... Hai dah pandai demand ni... habislah ibu ngan abah kena keja kuatlahkan...  Ya Allah berikanlah kejayaan yang cemerlang kepada anak-anakku, permudahkanlah urusan pembelajaran mereka dan jadikanlah anak-anakku anak yang Solleh, Amin...."

2 comments:

  1. Amiinn..doa seorang ibu mmg x putus utk kejayaan ank...

    ReplyDelete
  2. tima kasih wani ... doa ibu untuk anak-anak kita berjaya...

    ReplyDelete