Pengunjung setia

Friday, May 10, 2013

Selamat Hari Lahir Adam yang ke-3 tahun

Assalammualaikum...

CINTA HATI IBU....
Hari ni 10.5.2013 adalah ulang tahun kelahiran Adam yang ke-3 tahun. Sedar tak sedar dah besar dah anak ibu ni. Happy Birthday Adam. Ibu sentiasa doakan semoga Adam  menjadi anak yang soleh, sejahtera, dikurniakan kesihatan yang baik, anak yang beriman dan bertaqwa, anak yang bijak,  semoga Adam sentiasa dimurahkan rezeki dan panjang umur serta semoga Adan sentiasa dirahmati Allah selalu, Amin...
Nak kongsi sedikit tentang perihal Adam ni... Adam ni seorang anak yang baik, cerdik, ceria dan cepat belajar,  cuma manjer sikit. mungkin sebab Adam anak bongsu lelaki ibu tak?... Manjernya mengalahkan Adik Alya. Kalau tak layan dia, dia boleh cakap"ibu tak sayang Chik" kena pandai ambil hati dia... Kesukaan Adam... Adam suka tonton cerita Upin Ipin. Ada sedikit sifat penakutnya. Kalau tengah main kat laman rumah. Bila ada orang lalu terus lari masuk rumah... "Chik akut" katanya. Senang nak jaga sebenarnya sebab bila bawa jalan-jalan pun dia tak akan berenggang dengan kita... jadi takderlah ibu risau sangat. Adam sangat sayangkan Adik Alya... sikit-sikit tanya Adik Iya Cha mana... Itu nama panggilan untuk Alya... nak panggil nama penuh tapi pelat ... Alya Marissa jadi Iya Cha... Kepantangan Adam ni janganlah bawa dia dekat tempat-tempat yang ada banyak barang mainan, kang kenalah... apa lagi kena belilah. Makanan kegemarannya pulak pizza...
oklah panjang pulak celoteh tentang Adam ni. kita layan gambar-gambar Adam ya...
"Adam Sayang Ibu..."
Tak menyempat nak makan pizza... dalam kereta pun jadilah

Sayang Adik Alya (Alya berumur 3 bln)

Abang Chik nak riba Adik Alya

Baju ni ibu baru beli... Suka dapat baju upin ipin...
Jom jalan-jalan ngan Adam... Basikal hadiah dari Abah, Selamat Hari Lahir sayang....

Di Snow World i City Shah Alam, bersama Adik-adik Abah... Ibu & Alya tak dapat masuk sbb Alya baru 6 bulan. Eeee sejuk... Comeinya Adam...

Adam mandi manda... Abang-abang kat kolam dewasa... Ni kolam untuk kanak-kanak ya...
Di Studio Rakaman ASWARA, ikut ibu semasa rakaman Nazam...
Jalan-jalan di KLIA
Adam ngan Alya

Adam tengah kusyuk makan pizza... emmm tak ingat orang dah ni...



Thursday, May 9, 2013

Ragam anak-anak ibu...

Assalammualaikum...

Pagi ni Alya bangun awal, 5.30pagi dah bangun. Nasib baik ibu dah mandi dan sempat sahur pagi ni... Kalau Alya dah bangun, susahlah dia tak nak berenggang ngan ibu. Sabarlah wahai hati... jangan marah pagi-pagi ni... cuba pujuk hati sendiri... tapi geram gak sebab lambatlah nak bersiap kan... Nasib baik Alya ni pandai time ibu solat dia tak kacau cuma tunggu kat tepi ibu aje... tak berganjak... ibu habis solat sambung nangis... eeee pandai betul ya alya sayang... tu nasib baik abang chik tak bangun lagi... kalau tak dia pun boleh tahan ragamnya... Abang long ngan abang ngah ni ade time jugak kalau ok cepatlah siap kalau tak liat jugak nak bangun pagi.... bukan tu ajer, kalau masuk bilik air amboi lamanya... tidor dalam bilik air ke aper ni.... nak bersiap pun boleh tahan ambik masa jugak...emmmmm macam-macam ragam anak ibu ni... Apa-apa pun kalian membuatkan hidup ibu berseri-seri dengan keletah kamu semua.... Ibu sayang kamu semua.... muah...muah...muah.... (tetiba tersenyum sendiri)

lenanya Alya ngan Abang Chik tidur...
Abang Long ngan Abang Ngah di sekolah.

Tuesday, May 7, 2013

Alya Lagi...

 Assalammualaikum semua...

Alhamdulillah ... Alya dah sihat... Ini post terbaru dari Alya... Semalam Alya ngan Abang Adam hantar Cik Sue balik sekolah dia kat SBP Integrasi Jempol, Baku Kikir. Ni singgah sekejap kat Giant Kuala Pilah... Cik Sue nya nak beli jajan-jajan... Untuk Cik Sue Good Luck ya... hari ni dah start exam... Insyaallah, semoga Cik Sue tenang semasa menjawab soalan exam ya... Muahhhh...muahhhh...  sayang Cik Sue....





PRU13 @ 5.5.2013

PRU  13, walaupun sudah lepas tarikhnya iaitu 5.5.2013 tapi auranya masih terasa... Terlewat sikit untuk buat entry ni, tapi tak kisahlahkan sekadar untuk kenangan... Selesai sudah tanggungjawab saya sebagai rakyat Malaysia...  Ini kali ke- 2 saya membuang undi di Parliman Batu ... kali pertama pada tahun 2008. Insyaallah panjang umur tunggulah 5 tahun lagi ya.... Siapa pun yang kita pilih. Undi anda adalah rahsia... apa-apapun semuanya dah selamat... Semoga kerajaan yang ada sekarang ni menunaikan manifesto yang telah dijanjikan. Sebahagian daripada manifesto BN : Menangani kos sara hidup rakyat:
  • Barisan Nasional berjanji akan menambah BR1M sehingga RM 1200 untuk isi rumah dan RM 600 untuk bujang secara tahunan.
  • Menaikkan bayaran Baucar buku 1Malaysia kepada RM 300 dan Bantuan Persekolahan kepada RM 150
  • Menyemak semula dasar automotif nasional untuk mengurangkan harga kereta secara berperingkat di antara 20-30%.
  • Dasar gaji minimum RM 900 bagi semenanjung dan RM 800 bagi Sabah dan Sarawak




P/s : Walaupun tak merasa BR1M tapi sekurang-kurangnya tumpang gembira untuk mak ayah dan adik-adik....

Gambar kat bawah ni kredit untuk http://mykepek.blogspot.com


Photo: Antara yang menjadi tumpuan PRU13 kali 
ini adalah Parlimen Batu yang menampilkan 5 Calon untuk merebut parlimen
 tersebut.

1- Tian Chua (PKR)

2- Dominic Liau (BN)

3- Atan Jasin (BEBAS)

4- Dato Hasyim Karim (BEBAS)

5- Nazariah Abbas (BEBAS)
CALON PARLIMEN BATU, WILAYAH PERSEKUTUAN KL 
1. TIAN CHUA (PKR)
2. DOMINIC LAU HOE CHAI (BN)
3. NAZARIAH ABBAS (BEBAS)
4. ATAN JASIN (BEBAS)
5. HASHIM ABDUL KARIM (BERJASA)

Thursday, May 2, 2013

Alya kena warded...

Sambungan kisah Alya ...

Ibu rindu sangat kat Alya... memang ibu rindu sangat ... walau pun Alya sentiasa depan mata ibu.... Senyumlah sayang .... monyok ajer muka Alya ni yalahkan dia tengah demam macam mana nak senyumkan ... samalah dengan kita, kalau sakit senyum pun dah tak larat ... Asyik nak marah ajer....

Demam Alya kali ni agak teruk sebab kena warded sampai 5 hari kat Institut Pediatrik, Hospital Kuala Lumpur. Ini kali kedua Alya dimasukkan ke Wad KK1 Bilik 4 (23 - 27 April 2013), kali pertama bulan Mac yang lepas. 
Kesian kat Alya, suhu demamnya tinggi sampai 39.5c. Alya kena infection kat telinga ngan mata . Mata Alya sebelah kiri bengkak dan merah. Alya juga dah dapat nama baru... Anjer... sebab sepanjang kat Wad asyik melekat ngan ibu.... sampai ada satu kakak ni kata suiz Alya ada kat ibu dia.... Semasa kat Wad memang Alya sepanjang masa ngan ibu. tidorpun  atas ibu. asal celik mata mesti nak kena tengok ibu, bukan tu aje kena peluk ibu... Bila doktor datang, Alya lagi tak nak kalau ibu letakkan Alya kat atas katil. Alya macam takut sangat mungkin sebab semasa Alya kena ambil darah ngan nak kena cucuk jarum kat tangan untuk masukkan antibiotik. Tulah yang menyebabkan Alya macam trauma sangat tengok orang asing. Bayangkan lebih 30 minit Alya nangis semasa kat bilik rawatan. Masa tu doktor minta ibu tunggu kat luar... Alya punya urat susah nak cari... cucuk-cucuk tak dapat.... sian kat Alya ... ibu pun boleh nangis tengok sayang ibu ni.... ibu cuma mampu berdoa agar Allah permudahkan segala urusan... Mungkin ibu belum sekuat ibu-ibu yang diluar sana dimana anak-anak kecil mereka yang penuh wayer dibadan.... 

Semasa di Wad KK1 ibu berkenalan dengan kakak ni namanya kak L atau boleh jugak nak panggil mummy. Dia tunggu anak dia Aimi umur 6 tahun. Aimi kena infection kat paru-paru tu demam dia tinggi sangat suhu... Ade virus baru tapi tak ingat namanya... tulah yang Aimi nagan Iman kena. Kak L ni memang baik orangnya. sentiasa bagi Wad kita orang ni happy sikit... tak lah bosan sangat. Kak L yang selalu tengok-tengokkan Alya masa Alya tidor bila ibu nak gi mandi. Tima kasih kak L. Kak L siap oder pizza  untuk kita orang kat bilik 4. Asal ibu sebut nak makan apa jer dia beli. Aimi pun dah sihat dan boleh discaj pas tu Kak L call masuk balik jaga Iman pulak kakak kepada Aimi... siannye kak L.... semoga anak-anak kak L cepat sembuh ya.

Selepas Alya discaj dari hospital... Ibu pula kena cirit birit yang teruk ... sampai 3 hari... Adoi sian abang-abang... Tima kasih Abang Long ngan Abang Ngah sbb jaga ibu ngan baik masa ibu tak sihat.... Rajin sungguh anak-anak ibu ni dan prihatin orangnya ... bila ibu tak sihat semuanya ringan tulang, rajin tolong ibu kat rumah.... Sekarang ni Alhamdulillah Alya dah semakin baik... Ibu pun dah ok, cuma Alya macam takut-takut sikit dengan orang. Dah selim melim anak ibu ni... Sayang sikit Anjer yer....Muahhhh muahhhhh.... 

 
 
bersama Aimi anak kak L



P/s : Terima kasih kepada kawan-kawan yang sama sama mendoakan kesihatan Alya dan juga kepada yang datang melawat... Semoga Allah membalas segala kebaikan semua... Amin...

Monday, April 22, 2013

Alya demam lagi

Assalamualaikum & salam sejahtera...

 Hari ni pergi kerja hati dok ingat kat Alya... Alya demam lagi dah 3 hari ni... rasanya baru saja alya demam hari tu bulan 3 masa kena warded kat HKL... Sedih nya... Alya kalau demam memang tak nak berenggang langsung ngan ibu... tidor ke main ke nak bertempek atas dada ibu... dua hari cuti pun tak dapat nak dengar gelak tawa Alya... monyok ajerlah... sian Alya.... Semoga anak ibu cepat sembuh ya sayang...




Thursday, April 18, 2013

Cik Ted & Cik Der

 Assalamualaikum dan Salam sejahtera....
Cik Ted untuk Alya
Hahai... saya kawan baru Alya. Nama saya Cik Ted.
Ibu bagi kat Alya ni buat gomol2. Ibu tak sempat lagi ambil gambar saya ngan Alya. Tak pe lah lain kali ya... Alya suka main ngan saya. Alya suka gigit hidung saya. hihihiiii...

Yang ni pulak Cik Der... Alya suka tunggang saya...
macam naik motor kekanan kekiri... eee berani sungguhlah si Alya ni... Bila Alya nak kacau ibu abah akan kasi Alya naik atas Cik Der ni... Ha barulah ibu boleh buat kejer...  itu pun kejap ajer... kang datang cari ibu jugak ... Alya akan merangkak sampai ke dapur cari ibu... emmmmm sekaki ajer anak kesayangan ibu ni, serupalah dengan Abang Adam jap 2 tanya... Ibu aner?... 
Alya ngan Cik De kepunyaan Abang Adam...

Jom lumba sape sampai dulu kat ibu... hihihiii