Pengunjung setia

Thursday, May 2, 2013

Alya kena warded...

Sambungan kisah Alya ...

Ibu rindu sangat kat Alya... memang ibu rindu sangat ... walau pun Alya sentiasa depan mata ibu.... Senyumlah sayang .... monyok ajer muka Alya ni yalahkan dia tengah demam macam mana nak senyumkan ... samalah dengan kita, kalau sakit senyum pun dah tak larat ... Asyik nak marah ajer....

Demam Alya kali ni agak teruk sebab kena warded sampai 5 hari kat Institut Pediatrik, Hospital Kuala Lumpur. Ini kali kedua Alya dimasukkan ke Wad KK1 Bilik 4 (23 - 27 April 2013), kali pertama bulan Mac yang lepas. 
Kesian kat Alya, suhu demamnya tinggi sampai 39.5c. Alya kena infection kat telinga ngan mata . Mata Alya sebelah kiri bengkak dan merah. Alya juga dah dapat nama baru... Anjer... sebab sepanjang kat Wad asyik melekat ngan ibu.... sampai ada satu kakak ni kata suiz Alya ada kat ibu dia.... Semasa kat Wad memang Alya sepanjang masa ngan ibu. tidorpun  atas ibu. asal celik mata mesti nak kena tengok ibu, bukan tu aje kena peluk ibu... Bila doktor datang, Alya lagi tak nak kalau ibu letakkan Alya kat atas katil. Alya macam takut sangat mungkin sebab semasa Alya kena ambil darah ngan nak kena cucuk jarum kat tangan untuk masukkan antibiotik. Tulah yang menyebabkan Alya macam trauma sangat tengok orang asing. Bayangkan lebih 30 minit Alya nangis semasa kat bilik rawatan. Masa tu doktor minta ibu tunggu kat luar... Alya punya urat susah nak cari... cucuk-cucuk tak dapat.... sian kat Alya ... ibu pun boleh nangis tengok sayang ibu ni.... ibu cuma mampu berdoa agar Allah permudahkan segala urusan... Mungkin ibu belum sekuat ibu-ibu yang diluar sana dimana anak-anak kecil mereka yang penuh wayer dibadan.... 

Semasa di Wad KK1 ibu berkenalan dengan kakak ni namanya kak L atau boleh jugak nak panggil mummy. Dia tunggu anak dia Aimi umur 6 tahun. Aimi kena infection kat paru-paru tu demam dia tinggi sangat suhu... Ade virus baru tapi tak ingat namanya... tulah yang Aimi nagan Iman kena. Kak L ni memang baik orangnya. sentiasa bagi Wad kita orang ni happy sikit... tak lah bosan sangat. Kak L yang selalu tengok-tengokkan Alya masa Alya tidor bila ibu nak gi mandi. Tima kasih kak L. Kak L siap oder pizza  untuk kita orang kat bilik 4. Asal ibu sebut nak makan apa jer dia beli. Aimi pun dah sihat dan boleh discaj pas tu Kak L call masuk balik jaga Iman pulak kakak kepada Aimi... siannye kak L.... semoga anak-anak kak L cepat sembuh ya.

Selepas Alya discaj dari hospital... Ibu pula kena cirit birit yang teruk ... sampai 3 hari... Adoi sian abang-abang... Tima kasih Abang Long ngan Abang Ngah sbb jaga ibu ngan baik masa ibu tak sihat.... Rajin sungguh anak-anak ibu ni dan prihatin orangnya ... bila ibu tak sihat semuanya ringan tulang, rajin tolong ibu kat rumah.... Sekarang ni Alhamdulillah Alya dah semakin baik... Ibu pun dah ok, cuma Alya macam takut-takut sikit dengan orang. Dah selim melim anak ibu ni... Sayang sikit Anjer yer....Muahhhh muahhhhh.... 

 
 
bersama Aimi anak kak L



P/s : Terima kasih kepada kawan-kawan yang sama sama mendoakan kesihatan Alya dan juga kepada yang datang melawat... Semoga Allah membalas segala kebaikan semua... Amin...

2 comments:

  1. alhamdulilah Alya sudah sihat. lama juga kena duduk hospital yea.

    anak perempuan saya yg umur 3 tahun klu demam pun mesti matanya nampak sembab.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah... Tima kasih... Anak2 saya ni kalau perasan mata diaorang semua sepesen... nampak sembab kan ... kalau demam lagilah...

      Delete