Pengunjung setia

Thursday, December 22, 2011

TAHNIAH....

Assalamualaikum buat semua...
Dah lama saya tidak menulis di sini... dah bersawang rasanya... rindu juga nak mencoretkan sesuatu di sini... akhirnya berjaya jugalah saya nak buat entry ni... kenapa hari ni? sebenarnya banyak berita gembira yang nak dikongsikan tapi tak punya masa... Bersyukur ke hadrat Illahi di atas rezeki NYA yang melimpah ruah buat hambanya... semuanya rezeki Allah... tak perlu rasanya nak dikongsikan semunya... takut timbul riak pulak ... astaghfirullah... mintak dijauhkan.... cukuplah dengan berita akan kehadiran orang baru dalam keluarga saya... ummmm Insyaallah, Adam akan jadi abang tak lama lagi, dah tak boleh panggil adik dah lah.... semoga anak yang ibu kandungkan ini beroleh kesejahteraan dan dilimpahi rahmat serta dijadikan insan yang bertaqwa kepada Allah dan Rasulnya....

Ucapan tahniah ni adalah untuk adik saya. Hari ini hari yang bersejarah dan hari yang terindah buat adik kesayangan saya ni. Hari ni UPSR PMR diumumkan... .setelah menanti dengan penuh debaran....akhirnya... TAHNIAH di atas kejayaanmu mendapat 8A.... Kak long tumpang gembira.... terima kasih juga buat adik sebab tolong layan kerenah hero-hero kak long... Tahniah juga kepada semua pelajar-pelajar yang diluar sana.... Buat adik... doa kak long sentiasa mengiringi langkah mu... semoga adik sentiasa berjaya di dalam kehidupan di dunia dan di akhirat....teruskan usaha... perjalanan masih panjang.... Ini juga permulaan untuk melangkah lebih jauh ... TAHNIAH... Tunggulah ya hadiah apa yek nak kasi kat awak ni.... eh mana blh kasi tau tak surprise lah kan... tungguuuuu....................
Tahniah atas kejayaan Adik dlm PMR 2011

4 comments:

  1. Tahniah .... tapi bukan UPSR ye, PMR :-)

    ReplyDelete
  2. opsssssssss.... excited sangat sampaikan tersasul pulak... tima kasih ya...

    ReplyDelete