Pengunjung setia

Sunday, June 26, 2011

Sepah, Juara Maharaja Lawak...

Assalammualaikum semua...

Selepas 13 minggu bertanding, akhirnya gelaran juara Maharaja Lawak berjaya menjadi milik kumpulan Sepah apabila mereka memperoleh markah tertinggi, dalam pertandingan tersebut yang berlangsung di Stadium Malawati, di sini malam Jumaat.

Kemenangan Sepah yang terdiri daripada Mamat, Shuib dan Jep melayakkan mereka membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM350,000 dan sebuah trofi sumbangan Astro.

Gelaran naib juara pula dimenangi oleh kumpulan Jozan (Johan dan Zizan)dengan menerima hadiah wang tunai sebanyak RM250,000 berserta sebuah trofi manakala Nabil mendapat tempat ketiga dengan hadiah wang tunai RM150,000 dan sebuah trofi.

sumber : harian metro

p/s : Tahniah, buat kumpulan Sepah, Juara Maharaja Lawak... cik abe saya kata, yang paling untung Si Nabil le... sorang-sorang, tak yah nak kongsi ngan sapa-sapa hadiah tu.... rezeki mencurah-curah... Sepah kenalah kongsi hadiah tu bertiga...betui jugak kan...

No comments:

Post a Comment