Tetiba ibu teringatkan Rania...
Sicomel yang memang comel pengarang jantung hati
mama Rania ngan Papa Rania... of course lahkan...
Insyaallah...Ibu doakan semoga Rania cepat sembuh dari deman......
Sian mama Rania...
Kalau tak silap ibu, Rania warded dari hari Khamis minggu lepas...
Ada jangkitan kuman dalam darah...
Buat Mama Rania...tabahkan hatimu,
Sama-samalah kita doakan semoga Rania cepat sembuh...Amin....
Baru-baru ni pun adam demam jugak,
empat hari demam lepas tu baik dalam tiga hari
pastu demam balik suhu adam tinggi sampai cecah 39C
Ibu bawa adam gi GH untuk cek darah
doktor kata ada jangkitan kumam dalam darah
Ibu cukup risau... tapi Ibu yakin
antibody adam kuat.... alhamdulillah adam sihat ...
lepas demam baik...
emmm adam nak pandai merangkak rupanya....
Ibu pun risau jugak bila dengar anak kawan-kawan ibu tak sihat...
dapat ibu bayangkan macam mana rasanya sewaktu menjaga anak-anak yang sedang sakit
macam tulah rasanya bila dengar berita kalau anak teman-teman tak sihat (turut merasainya)...
macam-macam perasaan ada sedih, risau, tak boleh nak buat kerja lain dah,
kalau dapat nak pindahkan rasa sakit tu kat ibu biarlah ibu yang tanggung,
tak putus-putus mohon pada Tuhan semoga anak-anak ibu cepat sembut...
Itulah naluri seorang ibu ciptaan Allah betapa tulus dan sucinya kasih ibu,
dan ibu yakin bahawa ibu-ibu yang lain juga pasti merasai apa yang ibu rasakan....
tak tertanggung melihat kesakitan anak yang dikasihi...
Dan pastinya wajah Mak ibu jelas terlintas di fikiran terbayang dimata...
macam nilah agaknya mak ibu jaga ibu entah-entah lebih lagikan...
Mak terima kasih untuk semuanya....
Semoga Allah melimpahkan Rahmatnya buat Mak Tercinta...
Untuk wanita-wanita yang bergelar Wanita... huhuhu........
Ibu ambil kesempatan ini untuk ucapkan Selamat Hari Wanita ...
Berbanggalah menjadi seorang wanita.
Dan terus berusaha untuk menjadi yang terbaik
dikalangan yang terbaik...Insyaallah...
Dan Ibu bangga menjadi seorang wanita disamping
en. suami tercinta,
putera-putera kesayangan ibu dan
anak kepada mak dan ayah yang dikasihi serta
kakak kepada adik-adikku tersayang...
*** SaYanG KaMu SeMua***
Masa Adam demam... ni kat umah Mak Tok... |
No comments:
Post a Comment