Pengunjung setia

Wednesday, April 10, 2013

Assalamualaikum...

Lebatnya hujan petang ni... 
macam mana ni kena tunggu hujan reda sikitlah ni... 
sambil tu sempat lagi nak buat N3 ni kan... 
Hati ni tersangat-sangatlah rindu kat cinta hati ibu ni... 
tunggu ya jap lagi ibu balik... 



Tuesday, April 9, 2013

Dedikasi Buat Abang Long & Abang Ngah

Assalammualaikum...

Video ni ibu dedikasikan buat abang long ngan abang ngah... lama dah ibu buat video ni... sekitar tahun 2008 rasanya. Dan kini terdetik pulak di hati ibu nak pahatkannya di Cik blog ibu ni... Nanti abang2 semua boleh tengok balik video ni ya... Masa ni abang long & abang ngah kecik lagi, manja-manja lagikan... sekarang pun masih manja-manja ngan ibu... especially abang ngah... Rindu dengan kenangan lalu.



Thursday, April 4, 2013

Salam perkenalan dari Nur Alya Marissa...


Assalammualaikum semua...

Bertemu kembali... apakhabar semua? lama juga saya menyepikan diri. Ya lah sampaikan anak bongsu saya ni dah berumur 9 bulan... Entry kali ni rasanya belum terlambat nak saya perkenalkan satu-satunya puteri saya... Alhamdulillah akhirnya penantian saya ... permintaan saya dimakbulkan oleh Yang Maha Esa... Puteri saya ni diberi nama Nur Alya Marissa... emmm cam ner sedap tak nama tu.... Doa saya semoga Marrisa akan menjadi anak yang sollehah, sentiasa taat pada perintah Allah, mengikuti sunnah Rasullullah, dirahmati serta sentiasa beroleh kejayaan... Amin....

Nur Alya Marrisa hari pertama dilahirkan...
Nur Alya Marissa sebulan

Nur Alya Marissa dua bulan
Nur Alya Marissa tiga bulan
Nur Alya Marissa empat bulan. 14.10.2013 Alya dah mula meniarap.
Nur Alya Marissa lima bulan
Nur Alya Marissa enam bulan
Nur Alya Marissa tujuh bulan
Nur Alya Marissa lapan bulan
Nur Alya Marissa sembilan bulan. Bersama Abag Long, Abg Ngah & Abg Chik
Nur Alya Marissa hari ini... Jom makan... Yum..yum...yummm

Insyaallah... jika ade kelapangan kita bersua lagi...
p/s: Buat Abang Chik... dah ade adik pun tapi tetap manja mengalahkan adiknya... Ibu sayang kalian semua...muahhhhhhh......

Wednesday, June 13, 2012

Dah 37 weeks...

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Lama tak buat entry kat sini... sedar tak sedar dah 37 minggu dah usia kandunganku...
tak sabar nak menanti kehadiran orang baru...
Abang long ngan abang ngah pun dok tanya bila baby nak lahir ni ibu?... itulah soalannya...
mungkin seperti ku juga tak sabar menunggu kelahiran baby...
Adam pun semakin manja, yalah tak lama lagi nak kena berkongsi kasih ngan baby yang bakal lahir...
bila ditanya mana baby adam... dia akan tunjuk pada perutku...
Persiapan semuanya dah beres cuma menunggu hari ajelah...
Semoga semuanya selamat dan dipermudahkan...
Semoga Allah kurniakan kepada ku seorang puteri yang solehah, yang sihat dan comel yang akan menyerikan lagi sinar-sinar kebahagian di dalam rumah tangga ku... Amin...
Tentang nama tu masih belum ade lagi... tunggu baby lahir dulu lah ya...

Thursday, March 22, 2012

Doa untuk ibu bapa...

Assalammualaikum dan salam sejahtera...

Untuk renungan kita bersama ...

 Ya Allah
Rendahkanlah suaraku bagi mereka
Perindahlah ...ucapanku di depan mereka
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka

Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, atas
didikan mereka padaku dan Pahala yang besar atas
kesayangan yang mereka limpahkan padaku,peliharalah
mereka sebagaimana mereka memeliharaku.

Ya Allah,
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan
atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku
atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku
jadikanlah itu semua penyebab susutnya
dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala kebaikan
mereka dengan perkenan-Mu ya Allah
hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan
kebaikan berlipat ganda.

Ya Allah,
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku,
Izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku.
Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku memberi
syafa'at untuk mereka,sehingga kami semua berkumpul
bersama dengan santunan-Mu di tempat kediaman
yang dinaungi kemulian-Mu, ampunan-Mu serta rahmat-Mu... .

Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha
Agung, serta anugerah yang tak berakhir dan Engkaulah
yang Maha Pengasih diantara semua pengasih.

Amin Ya Rabbul Alamin..
Marilah kita kenangkan dosa kita kepada orang tua kita. Siapa tahu
hidup
kita dirundung nestapa kerana kedurhakaan kita. Kerana kita
menghisap
darahnya, tenaganya, airmatanya,
keringatnya. Istighfarlah, Istighfarlah. ..
Barangsiapa yang matanya pernah sinis melihat orang tuanya. Atau
kata-katanya sering mengguris hatinya, atau yang jarang
memperdulikan
dan
mendoakannya. Percayalah bahawa anak yang derhaka siksanya
didahulukan
didunia ini.
Ayah... Ibu ampunkanlah dosa-dosa anakmu...


p/s: esok 23.3.2012 ayah akan berangkat ke Mekah untuk menunaikan umrah. Sampaikan salam along kepada junjungan Rasulullah S.A.W dan selamat beribadat buat ayah... Semoga beroleh kesejahteraan dan ketenangan serta selamat pulang kepangkuan keluarga tercinta.

Thursday, December 29, 2011

2011 DALAM KENANGAN DAN SELAMAT TAHUN BARU 2012

Assalammualaikum dan salam sejahtera...

Sedar tak sedar kita sudah berada di penghujung tahun 2011... cuma tinggal 2 hari lagi kita akan melangkah ke tahun baru iaitu tahun 2012. Bercerita tentang tahun 2011 ni... sungguh banyak kenangan-kenangan yang terimbas difikiran.

Alhamdulillah, Syukur kepada Allah, di atas rezeki yang  melimpah ruah yang diberikan kepada hambanya ini... Semuanya rezeki Allah... bulan Julai yg lalu aku dapat taraf berpencen... so confirm lah jawatan aku dlm gomen ni... pada bulan Okt dpt surat naik pangkat bermula bln Nov ...  ya siapa tahu?... dan sekarang ni dah 2 bulan lah aku di tempat baru... di Bhg Penyelidikan & Penerbitan... Hah tengah sesuaikan diri dengai kerja baru... dan tahun hadapan, tahun yang mencabar bagi aku... mana taknya menteri dah umumkan utk kemasukan ke program pasca ijazah... huuuu haru jugaklah....

Bln Nov ni jugak aku dapat kunci rumah baru....masih tengah renovation ... insyaallah bln 1 ni dptlah naik rumah baru... anak-anak pun dah tak sabar nak pindah... seronoknya dah dapat duduk rumah sendiri... beli rumah ni bln Sept  2009, Adam pun belum ada lagi... sekarang Adam dan 1 tahun 8 bulan....

Adam pun akan dapat adik tak lama lagi ... due akhir bln 6 thn depan... semoga ibu dan baby sentiasa sihat ok.... Allamdulillah aku tak delah morning sickness teruk-teruk.... rasanya malam aje yang aku tak blh nak tahan...dah jadi night sickness pulak... ade ke... aku ni tak boleh nak tahan dengan bau-bauan ni tak kiralah wangi ke bucuk ke... bau bedak, bau minyak wangi, eeee tak boleh nak tahan ... pening loooo....ha nasib baik boleh tahan lagi dengan bau ubat gigi ngan sabun mandi kalau tak haru kan....
 
Tak lupa juga dengan majlis pertunangan Angah pada 1.1.2011, majlis perkahwinan Deq Zam, majlis bertandang.... Abang ngah pula masuk ke pra sekolah dan macam-macam lagilah....Majlis reunion SMP 1991-1996 pada 10.12.2011 di rumah Norhayati & Ahadiat Akasah, Wah seronoknya hampir 15 tahun tak jumpa ....apa cerita.... Terima kasih & tahniahlah Azilah ngan Ali sehingga berjayanya majlis tu ya. You all memang bestlah....

Aku tumpang gumbira jugaklah dengan keputusan adik bongsu aku Deq Anis yang dapat 8A dlm PMR dia, Tahniah ya ...dan dengan kehadiran cahayamata sulung adik aku yang ke empat, deq zam dan Aya ... dpt baby girl pulak tu mana tak seronoknya..

Haaaa..... satu lagi tak lupa juga pasal tempias SBPA yang semakin hari semakin hangat diperkatakan.... pasal kenaikan gaji tu syukurlah memang terasa bayaknya.... rezeki Allah.... cuma yang tak berapa nak best dengar tu pasal umur persaraan 60 tahun, alamak dah tua la... dah bercucu dah kot... hai blh lagi ke kerja ni ... haru jugak ... tapi semua yang berlaku tu ada pro & kontra... yang penting sekarang ni kena tingkatkan prestasi kerja sehingga terbaik sbb tak cukup kalau baik aje tau...

Itu cerita yang best2 kan ... kisah sedih ni biasa lah kalau anak-anak demam, tak sihat, yang cedera sana sini... mestilah susah hatikan... dan yang lain-lain tu bila bekerja, ade aje orang yang tak bertanggungjawab... yang tak reti nak ikut peraturan dan arahan... main langgar aje... susahkan kita ajelah... tak apalah itu semua dugaan Allah kepada umatnya.... harungi cabaran dengan bijak dan penuh kesabaran...

Baiklah, 2011 pun sudah hampir melabuhkan tirainya... aku pun dah nak bercuti panjang ni esok sehingga buka sekolah tahun hadapan... aku nak ambil kesempatan ini untuk mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2012 kepada semua.... Semoga kehadiran tahun baru ini dengan azam dan semangat untuk terus maju jaya, berjuang dan memperbaiki diri sebagai hamba Nya....amin....

sebelum tu.... jom layan wajah-wajah kesayangan hamba yang kat bawah ni ya....


Raya Aidilfitri 2011... Abg Long nya manaaaaa.....

Abah ngan Adam

Putera-putera kesayangan bonda....

Deq zam (Pak Uda) ngan Adam...

Abang Long semasa Pesta Flora kat Putra Jaya

Adam ngan Adik Anis seronok mandi manda kat rumah baru...
Senyum... Senyum... Tak perlu kata apa-apa....

Adam Luqman... anak buah saya lah....

Seronoknya dia...

Abang Ngah sempat berposing....
Sayang sikit.... sepupulah ni.... Adam kuasa 2
Abg Ngah di hari orientasi Pra Sekolah 2011... 
 
Biri-biri akiqah utk Adam
Kasih sepanjang hayat...

Majlis pertunangan Angah

Kasih ibu....


Majlis Persandingan Deq Zam ngan Aya....

Majlis bertandang... Deq Zam & Aya...


Rajinnya Abg long ngan Abg Ngah....
Puteri sulung yang comel..... Nur Zafirah Mohd Zamri...

Tuesday, December 27, 2011

SeLaMaT DaTaNg oRaNg BaRu....

Assalammualaikum dan salam sejahtera...
alaihai comeinya awak tidor...
Alhamdullillah... akhirnya penantian selama 9 bln 10 hr berakhir pada 23 Disember 2011 jam 4.40 ptg... seorang bayi perempuan yg sgt comel selamat dilahirkan... Aya selamat melahirkan anak sulungnya... Tahniah buat adik Zam dan Aya... Tersangatlah teruju seluruh ahli keluarga saya... mana tak nya dah dapat baby girl... nilah cucu perempuan yang pertama dalam keluarga saya... seronokkan... namanya masih lagi belum diberikan... tunggu hari ke-7 ya... sekarang sedang berpantang dirumah mak... ha... yang risau tu takut si Adam kacau baby.... maklumlah sebelum ni dia lah yang dikelek kesana kemari... cucu yang paling manja... pas ni kena berkongsi kasihlah dengan mak tok nya.... tak palah Adam... Adam belajar2lah ya... nanti dapat adik senang sikit .... harap2 ok lah kan....