Hari ni pergi kerja hati dok ingat kat Alya... Alya demam lagi dah 3
hari ni... rasanya baru saja alya demam hari tu bulan 3 masa kena warded
kat HKL... Sedih nya... Alya kalau demam memang tak nak berenggang
langsung ngan ibu... tidor ke main ke nak bertempek atas dada ibu... dua
hari cuti pun tak dapat nak dengar gelak tawa Alya... monyok ajerlah...
sian Alya.... Semoga anak ibu cepat sembuh ya sayang...
Pengunjung setia
Monday, April 22, 2013
Alya demam lagi
Assalamualaikum & salam sejahtera...
Thursday, April 18, 2013
Cik Ted & Cik Der
Cik Ted untuk Alya |
Hahai... saya kawan baru Alya. Nama saya Cik Ted.
Ibu bagi kat Alya ni buat gomol2. Ibu tak sempat lagi ambil gambar saya ngan Alya. Tak pe lah lain kali ya... Alya suka main ngan saya. Alya suka gigit hidung saya. hihihiiii...
Yang ni pulak Cik Der... Alya suka tunggang saya...
macam naik motor kekanan kekiri... eee berani sungguhlah si Alya ni... Bila Alya nak kacau ibu abah akan kasi Alya naik atas Cik Der ni... Ha barulah ibu boleh buat kejer... itu pun kejap ajer... kang datang cari ibu jugak ... Alya akan merangkak sampai ke dapur cari ibu... emmmmm sekaki ajer anak kesayangan ibu ni, serupalah dengan Abang Adam jap 2 tanya... Ibu aner?...
Ibu bagi kat Alya ni buat gomol2. Ibu tak sempat lagi ambil gambar saya ngan Alya. Tak pe lah lain kali ya... Alya suka main ngan saya. Alya suka gigit hidung saya. hihihiiii...
Yang ni pulak Cik Der... Alya suka tunggang saya...
macam naik motor kekanan kekiri... eee berani sungguhlah si Alya ni... Bila Alya nak kacau ibu abah akan kasi Alya naik atas Cik Der ni... Ha barulah ibu boleh buat kejer... itu pun kejap ajer... kang datang cari ibu jugak ... Alya akan merangkak sampai ke dapur cari ibu... emmmmm sekaki ajer anak kesayangan ibu ni, serupalah dengan Abang Adam jap 2 tanya... Ibu aner?...
Alya ngan Cik De kepunyaan Abang Adam... |
Jom lumba sape sampai dulu kat ibu... hihihiii |
Wednesday, April 17, 2013
AL-FATIHAH
AL-FATIHAH
buat Allahyarham Hj. Mohd Yassin Ahmad yang telah kembali kerahmatullah pada 16 April 2013 bersamaan 5 J. Akhir 1434H di Melaka. Serasa baru sahaja bersama dan bertemu dengan Allahyarham iaitu semasa Majlis pelancaran buku beliau di ASWARA iaitu pada 25 Mac yang lalu. Salam takziah buat keluarga Allahyarham. Semoga Allahyarham dicucuri rahmat dan dirahmat ALLAH SWT. Amin....
Allahyarham Bersama Urusetia Majlis Pelancaran Citra Karya |
Allahyarham Haji
Mohd Yasin Bin Ahmad;
Allahyarham Haji Mohd Yasin Ahmad |
Haji
Mohd Yasin Bin Ahmad dilahirkan di Serkam, Melaka pada 15 Mei 1947. Beliau
merupakan seorang guru sebelum bersara pada tahun 2003. Beliau pernah menjawat
jawatan sebagai pensyarah di Maktab Perguruan Perempuan Melayu Melaka selama 20
tahun. Beliau aktif dalam pertubuhan bukan kerajaan seperti menjadi Naib
Pengerusi Majlis Kebudayaan Negeri Melaka, Pengerusi Persatuan Dondang Sayang
Negeri Melaka, Ketua Satu Persatuan Pelukis Negeri Melaka dan Jurulatih nazam
di Institut Seni Malaysia Melaka (ISMMA).
Haji Mohd Yasin mempunyai pengalaman
yang amat luas dalam kegiatan seni. Dalam dunia lakonan, beliau pernah mewakili
Melaka dalam pertandingan-pertandingan drama anjuran Kementerian Kebudayaan,
Belia dan Sukan dalam tahun 1960-an hingga 1970-an. Beliau juga berpengalaman
menjadi pelakon drama Radio Malaysia Melaka dari tahun 1970-an hinggalah
sekarang. Selain itu, beliau juga pernah terlibat sebagai pelakon dalam drama
TV. Dalam bidang tarian, beliau menjadi jurulatih tarian Negeri Melaka dalam
tahun 1960-an dan 1970- an, selain juga mewakili Melaka dalam
pertandingan-pertandingan tarian anjuran Kementerian Kebudayaan, Belia dan
Sukan pada tahun yang sama, serta juga menjadi pengadil pertandingan tarian
anjuran Jabatan Pelajaran Negeri Melaka sehingga kini.
Dalam
bidang seni lukis pula, beliau pernah menyertai pameran-pameran lukisan yang
diadakan di Melaka, menjadi pengadil bagi pertandingan-pertandingan melukis
yang diadakan di Melaka. Selain itu, Haji Mohd Yasin juga pernah menjadi
pemeriksa, Ketua Pasukan dan Ketua Pemeriksa Bersama bagi mata pelajaran
Lukisan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dari tahun 1979 hingga 2003.
Beliau juga bertanggungjawab mengembangkan puisi lama jati diri Melaka, seni
nazam bersama-sama ISMMA hinggalah sekarang, selain turut terlibat menjadi
pengadil Pertandingan Nazam Peringkat Sekolah, DUN dan Jabatan Agama Islam
Negeri Melaka serta juga menjadi Karyawan Tamu (nazam dan pantun) di ASWARA
pada tahun 2010 selama tiga bulan.
Haji Mohd Yasin turut aktif dalam
bidang penulisan. Beliau menulis buku Dondang Sayang terbitan Institut Kajian
Sejarah dan Patriotisme Malaysia Melaka (ISKEP), mengarang nazam, pantun dan
syair untuk kerajaan Negeri Melaka dalam majlis rasmi dan penerbitan buku. Beliau
juga pernah menjadi panel penerbitan buku Pendidikan Seni oleh Pusat
Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia, selain turut menulis
buku pantun berjudul Pantun Jiwa Masyarakat Melayu. Beliau juga menulis dan
membentangkan kertas kerja berkaitan dengan Puisi Melayu Klasik dan tarian Jati
Diri Melaka.
Hasil penglibatan aktif dalam bidang
pendidikan dan seni, beliau telah menerima pelbagai anugerah. Antaranya ialah
Anugerah Pengarah Pelajaran Negeri Melaka pada tahun 1992, Anugerah Penggerak
Budaya Negeri Melaka pada tahun 1997. Beliau juga dianugerahkan pingat dan
bintang kebesaran Negeri Melaka, iaitu Pingat Jasa Kebaktian (PJK) 1986, Pingat
Bakti Belia (PBB) pada 1996, Bintang Khidmat Terpuji (BKT) 1999 dan Jaksa
Pendamai (JP) pada 2005.
P/s: Buku yang telah dihasilkan oleh Allahyarham dan diterbitkan oleh Penerbit Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan.
Subscribe to:
Posts (Atom)